Ramadhan Semakin Hampir

Dalam sebulan setengah lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak akan mendatangi kita insya-Allah,moga kita dipanjangkan umur untuk menikmati pesta beribadah ini..
amiin :doa:

Rasanya baru je beberapa catatan yang lepas aku tulis tentang ramadhan, natijahnya memang aku tak selalu update la laman web ni kan :-p

Kelmarin..pak andak aku (Allahyarham Bahauddin Bauk – adik bapak) meninggal,innalillahi wainna Ilaihi raaji’un..moga dimasukkan di kalangan hamba yang diredhaiNya. Aku tak dapat pergi ke johor,mak & bapak je pergi ke sana

Pagi tadi seteleh me’ngelencer’ di web, baru aku perasan domain Sidik.org ni dulunya dipunyai oleh yayasan SIDIK Studi dan Informasi Dunia Islam Kontemporari di negara jiran indonesia. Tapi masa aku register dulu memang takde pape masalah, mungkin dah tak aktif, sebab maklumat terkini mengenai yayasan ni aku tengok tahun 2000. Tak ape la kan aku pakai domain ni, walaupun laman web peribadi sepatutnya pakai dot net atau dot com. @};–

KategoriPelbagai

Tinggalkan Jawapan