Muka depan dah xhtml 1.0 transitional compliant :)

Dengan target untuk menjadikan laman web ini 100% xhtml 1.0 transitional compliance. aku pun

menggodek-godek html , contohnye

tu tuka
.
kene lengkapkan semua attribute ‘ ” ‘ tak leh tinggal jadi img

sebenarnye kalo memula buat aku guna dreamweaver mx 2004, senang je nak memenuhi syarat compliance ni. tapi oleh kerana ade sebahagian yang aku hand coding, tu jadi berselirat tu

Sekarang baru muka depan yang comply

penggunaan css yang komprehensif dan juga ob_gzhandler juga boleh meningkatkan kelajuan loadin laman web ini

kesimpulannya, buat kerja mesti kemas & jangan malasĀ², kepada sesiapa yang tiada idea mengenai apa sebenarnye masalah yang diluahkan, tak kisah. tak akan memberi kesan buruk kepada anda :p

mengantuknye matee..zzz

Pembebasan DSAI

Pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pastinya memberi impak baru kepada senario politik negara B-)

Semoga dengan usaha kita & bantuan daripada Allah segala sistem di Malaysia & Seluruh dunia(kehakiman, politik, undang-undang, ekonomi, sosial ,pendidikan etc. ) akan kembali semula kepada Islam.amiin

Kita Hamba-Nya yang Merdeka

Ramadhan Semakin Hampir

Dalam sebulan setengah lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak akan mendatangi kita insya-Allah,moga kita dipanjangkan umur untuk menikmati pesta beribadah ini..
amiin :doa:

Rasanya baru je beberapa catatan yang lepas aku tulis tentang ramadhan, natijahnya memang aku tak selalu update la laman web ni kan :-p

Kelmarin..pak andak aku (Allahyarham Bahauddin Bauk – adik bapak) meninggal,innalillahi wainna Ilaihi raaji’un..moga dimasukkan di kalangan hamba yang diredhaiNya. Aku tak dapat pergi ke johor,mak & bapak je pergi ke sana

Pagi tadi seteleh me’ngelencer’ di web, baru aku perasan domain Sidik.org ni dulunya dipunyai oleh yayasan SIDIK Studi dan Informasi Dunia Islam Kontemporari di negara jiran indonesia. Tapi masa aku register dulu memang takde pape masalah, mungkin dah tak aktif, sebab maklumat terkini mengenai yayasan ni aku tengok tahun 2000. Tak ape la kan aku pakai domain ni, walaupun laman web peribadi sepatutnya pakai dot net atau dot com. @};–

Tamat Praktikal

Aku baru habis latihan praktikal (1 Disember 2003 – 31 Mei 2004) kat Jamal, Amin & Partners. So sekarang tengah cari kerja la,taknak la termasuk dalam statistik “lebih 30,000 graduan lepasan ijazah menganggur” lama-lama. website ni pun dah lame tak update, insyaAllah dalam 2 3 bulan ni aku buat pembaharuan. dah lama tak sentuh php & mysql ni..kene refresh balik la ..