Wasiat buat anak

Khas untuk anak-anakku

Duhai anak,

Kala malam memasuki separuh masa kedua
Kau masih tak mahu tidur
Mungkin kau rindu abah agaknya
Malam baru boleh berjumpa
Bermain, menangis dan bermesra
Tapi, sabar sahajalah anak…

Abah mesti pergi kerja tiap-tiap hari

Kecuali Sabtu & Ahad
Atau cuti umum
Atau abah ambik annual leave
Abah tak pernah ambik MC saje2 tau
Sekali je abah ambik MC sebab kene CB lepas makan Nasi Kerabu beli kat pasar Balok
Lepas tu abah tak beli lagi dah..

Keluar pagi-pagi
Balik lewat petang
Abah bukan cikgu yang banyak cutinye & kerja separuh hari

Walaupun selalu orang kata pukul lima lebih sahaja abah dah cabut
Tak seperti mereka yang selalu balik lewat
Tapi abah tak kesah
Abah nak jumpa isteri & anak-anak abah.

Tidurlah anak..
Esok insyaAllah abah pergi kerja semula
Bersyukurlah, abah balik tiap-tiap hari
Abah orang lain ada yang seminggu sekali baru balik
Ada yang setahun sekali
Yang bertahun-tahun sekali pun ada
Ada jugak yang tak balik-balik

Abah tau..

InsyaAllah anak-anak abah faham
InsyaAllah anak-anak abah sabar

Moga anak-anak abah akan jadi khalifah yang sentiasa cari redha Allah
Moga anak-anak abah sentiasa doakan ibu & abah bila kami tiada nanti

Ha, Dah tidur pun anak abah..
Kejap lagi abah angkat masuk dalam bilik
BismikAllahumma Ahya waamuut..
(Dengan Nama Mu ya Allah, aku hidup, dan aku mati)..

Join the Conversation

3 Comments

Leave a comment

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.