Muadz yang baru berani berjalan

Setelah berusia 14 bulan sepuluh hari, akhirnya datang keyakinan pada Mohd Muadz As Sabiq berjalan tanpa tangan dipimpin.

Keluarga aku termasuk adik beradik dan anak2 saudara memang variety dari segi kecepatan berjalan, ada yang 8 bulan dah berjalan, ada yang sampai 18 bulan baru yakin untuk berjalan. Tapi seperti yang dikatakan oleh pakar psikologi, tak ada bezanya kecepatan atau kelewatan berjalan dengan perkembangan kanak-kanak.

As Sabiq ni, waktu sekarang agak banyak mulut, semua bunyi yang dapat ditangkap akan ditiru, hatta termasuklah bunyi siren ambulan yang sepoi2 bahasa di jalan raya, bunyi ayam berkokok kat rumah makcik kat belakang dan bunyi montaj astro oasis.

Dalam kereta lagu favourite muadz ialah lagu flowers are red dendangan zain bikha,  sebab dalam lagu tu ada bunyi suara ..bum, bum.. bum, bum.. kalau dah habis, selalunya si kecil ni buat-buat nak nangis. bila lagu tu dimainkan semula, dia akan tersenyum dengan bangganye..abah dah dengar lagu tu berpuluh2 kali pun, lidah masih berbelit nak ikut..

Berjalan & bermusafirlah Muadz di muka bumi Allah ini. tak usahlah asyik nak menyakat along awak tu..nanti awak juga yang nangis..

muadz kat kerusi

Leave a comment

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.