Musafir Di Aidil Fitri

Pertamanya al-Fatihah buat arwah Aki (ayah kepada ibu mertua saya) yang telah kembali ke Rahmatullah pada malam hari raya di Pekan.

arwah aki (dua dari  kiri), di kiri sekali isteri beliau, arwah tok (meninggal dunia 2 tahun lepas). (gambar di ambil tahun 2005, majlis pertunangan)
Arwah Aki (dua dari kiri), di kiri sekali isteri beliau, arwah Tok (meninggal dunia 2 tahun lepas). (gambar di ambil tahun 2005, majlis pertunangan)

Juga Al-Fatihah buat arwah Sapuan Mat Ariff, bekas rakan sekelas di Sekolah Rendah . Walaupun beberapa kali kita ber SMS nak berjumpa di Kuantan, akhirnya tak kesampaian juga. Sesungguhnya kita milik Allah, dan sesungguhnya kepada Allah kita akan kembali..

Tahun ni kami berhari raya di Pekan dahulu.

Muadz menanti tetamu di pintu
Muadz menanti tetamu di pintu
umar tengah moncong
Umar tengah moncong

Hari ke dua, kami bertolak ke Perak. berhenti di PSS Gambang  arah barat untuk mengisi minyak dan Solat & Makan di Masjid Kuala Selangor.

Moncong lah lagi
Moncong lah lagi
Pondok wakaf di Kuala Selangor
Pondok wakaf di Masjid Kuala Selangor

Tiga syawal menziarah Kakak di Sabak Bernam, dan juga saudara sebelah Mak di Sabak Bernam dan Sungai Besar. Saudara sebelah bapak majoriti tinggal  di Johor, jadi lain kali insyaAllah akan ke sana.

Main Buaian
Main Buaian
Muadz di rumah Mbah Ngi
Muadz di rumah Mbah Ngi

Hari ke-empat, menziarah bapa saudara di Felda Sungai Tengi.

Haai saya Umar, ini adik saya Muadz
Haai saya Umar, ini adik saya Muadz
Tak Nangis dah
Tak Nangis dah
Control Macho
Control Macho

Kelmarin, selepas beraya di rumah kakak-kakak di Lekir dan Teluk Intan dan kemudian bertolak pulang ke Kuantan jam 7 malam. Berhenti solat & rehat di PSS Gombak.

Muadz dan sepupu-sepupu
Muadz dan sepupu-sepupu
buku-buku yang dibeli dengan menebus mesra point di PSS Gombak
Buku-buku Telaga Biru yang dibeli dengan menebus mata ganjaran Mesra di PSS Gombak

Selepas itu tiga lagi tempat berhenti  (PSS Bentong, R&R Temerloh dan R&R Gambang) kerana pemandu mengantuk yang amat sangat. Akhirnya sampai ke rumah jam 3.40 pagi. Biarlah lambat, asal selamat. Alhamdulillah.

Ketam buat camni - Muadz-
Ketam buat camni - Muadz-

*PSS – PETRONAS Service Station

*R&R – Rawat dan Rehat

2 Balasan untuk “Musafir Di Aidil Fitri”

  1. Wah jauhnya bermusafir,ada penutup susu sapa tertinggal.

    Umar nak tau gambar nombor 8 ,9 dan 10 tu berlatarbelakangkan almari mak ngah k awin dulu tau.

  2. asma’ atau aqlan punya la tu, penutup susu umar & muadz cukup semua. dah suku abad usia almari tu, ada lampu built in, tapi tak boleh pasang sebab masa tu kampung mbah belum masuk elektrik lagi.

Tinggalkan Jawapan