Twenty Ten

Saya sekarang menggunakan Tema Lalai (Default Theme) Worpress Versi 3, bertajuk twenty ten (2010). Tema ini nampak lebih ringkas, pengatas boleh diubah dan tulisan yang jelas. Selain itu, setiap kiriman juga boleh diubahsuai pengatasnya (header customization) dengan menentukan imej pilihan (featured image) semasa menambah kiriman.

Saat Lafaz Sakinah -030606

Lagu: Hafiz Hamidun Lirik: Fadzli Far East Heningnya… Sunyi suasana… Lafaz sakinah bermula Apa rasa Diterjemah hanya Sebak abah, tangis ibunda prechorus: Adalah aku, wali puteriku Serah kini amanahku ini pada mu Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya chorus: Dulu esakkannya sandar di bahuku Tangisannya kini ku serah padamu […]

Dia ambik duit abah…

Kami baru balik dari perak, suka sangat al faruq dan as sabiq dapat balik kampung perak, rumah embah.. Pagi sabtu, abah kejutkan Al Faruq bangun pagi. Umar, bangun mandi….celik mata, duduk..umar nak pergi mana hari ni?..”nak balik kampung” , kampung kat mana? “kat perak” ..ada siapa kat kampung? “ade embah.. ada kakak”.., seronok balik kampung? […]

Alhamdulillah..Kami Dapat Menantu

Semalam 30/01/10 kami adik beradik dapat menantu, anak sulung kepada Abang Mail, Hassan di ijabkabul dengan pasangannya Aizatul Munirah. Hari Sabtu Kim bekerja separuh hari. Maka kami bertolak dari Kuantan Port jam 1.10 petang.  Berbekalkan arahan Google map yang dicetak, kami pun memulakan perjalanan ke Banting (GPS ? apa tu? telefon bimbit kami berdua dalah model hitam […]

Kalau Cerita Kepada Anak-Anak, Belum Tentu Mereka Percaya

Aku datang daripada sebuah kampung yang damai, Kg Sungai Manila 1 namanya. Kampung aku terletak di pinggir Sungai Bernam, sempadan antara Perak dan Selangor. Kampung aku semasa aku kecil agak lambat kemajuannya. LLN pasang tiang elektrik semasa aku darjah 1, dan bekalan elektrik bermula semasa aku darjah 2. Pihak LLN juga membeli sedikit tanah bapak […]

Hikayat lampu kalimantang dan lampu kecemasan

Aku, Isteri dan anak-anak masuk rumah ni lepas raya puasa tahun 2008,  apabila selesai kerja-kerja mengecat rumah dan mewayar dijalankan, semua ok alhamdulillah, cumanya ada satu lampu kalimantang di bilik air belakang yang tak pernah hidup. Aku bagitau bos yang buat wiring tu, dia cakap nanti dia bagitau adik dia. lepas tu, aku SMS, telefon […]