Sidik.Org Pelbagai Ahmad Naqib Naqiuddin

Ahmad Naqib Naqiuddin

Ahmad Naqib Naqiuddin bin Ahmad Kamil.Panjang gak nama budak kecik ni, baru balik melawat dia. Pagi semalam aku, mak & bapak pegi rumah kamil nak tengok baby, on the way tu bukak la IKIM.fm. yang aku perasan, sebijik-sebijik dia replay yang minggu lepas nye siaran, sebab minggu lepas pun aku dengar mase OTW nak pegi KL juge. daripada wawancara, nasyid, kata-kata hikmah..semua setakat replay je. tak kesah la asalkan bermanfaat.

Wawancara yang diulang pasal Blogging, sekarang memang bercambah orang yang buat weblog @ blog ni. cuma panduan untuk orang-orang yang terlibat tu (pem’blog’ dan pembaca)
[code]
1)rujuk surah al-asr, gunakan blog untuk berpesan-pesan

dengan kesabaran: jaga emosi & jangan putus asa. jangan cepat melenting
dengan kebenaran: cakap bende2 yang betul je, jangan nak menyeleweng
hargai masa : masa memblog tu, ingat2 masa kita, sama ada kita lama sangat di alam maya ni, kalau tengah guna peralatan pejabat @ masa bekerja tu ingat2 la ye, amanah tu. jangan lewatkan solat sebab leka sangat.kalau kita tak buat camtu, nescaya kita akan tergolong dalam orang yang dalam kerugian. moga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang beruntung, di sisi Allah

2) rujuk surah al-hujjurat, ayat 6

kepada pembaca @ orang yang buat blog tu. segala maklumat yang diterima tu kaji dulu kebenaran@ kesahihannya sebelum disebarkan@ dipercayai. supaya kita tak menyesal nanti kerana mempercayai @ menyebarkan berita-berita palsu. lagi-lagi mengenai agama. jangan sampai kita jadi fitnah terhadap Islam. Kalau tidak, kau akan menyesal (dunia & akhirat)

3) internet ini umpama sebuah kota, di dalam kota tersebut ada masjid, surau , skolah, pusat pengajian, pejabat, rumah kebajikan etc yang kita boleh mendapat kebaikan . tapi dalam kota tersebut juga ada lorong-lorong gelap (disko, modesto, pusat karaok, belakang mati) yang banyak kejahatan. jadi bergantung kepada kita, kita nak dapatkan kebaikan atau kejahatan.
(carilah kebaikan, elakkan kejahatan)
[/code]

pandangan peribadi sidik
[code]
banyak free blog provider yang bagi kemudahan contohnye blogspot.com, tblog.com etc.. satu yang aku nampak la. kat dalam sesetengah free weblog tu, dia akan letak satu banner, yang kadang-kadang mengandungi gambar-gambar yang tak sepatutnye. contohnye, blog tu berkaitan tentang agama…[b] tetiba!!![/b] kat atas tu ade banner yang mengandung gambar wanita separuh bogel ??? :o, free screensaver lah, clean up your temporary file lah. memang bende ni bukan kehendeak pem’blog’ tersebut & free blog provider nak jugak carik duit. tapi aku ade nampak macam satu hidden agenda di sebalik pemberian kemudahan blog percuma tersebut. ingat, rujuk ayat tersebut.

“sekali-tidak akan redha terhadap kamu akan orang-orang yahudi & nasrani terhadap sehingga
kamu mengikut jalan mereka …ayat seterusnya”
terjemahan al-baqarah, ayat 120

jadi, cuba cari alternatif lain ok :bintang: yang takde banner, tblog tu kire ok la kot sebab takde banner, wallahua’lam

lagi satu, kepada pem’blog’ tak sepatutnya menulis tentang perkara yang sepatutnya jadi rahsia syarikat, hal-hal rumahtangga sendiri , mengumpat pasal keburukan orang lain etc
[/code]

eh dah of topic lak, takpe la kan. insya-Allah bende kita boleh manfaatkan. sambung cerita. mase pegi tu dengan kak shimah, naik dua kereta. tapi dah ditakdirkan tersesat kat hujan lebat tu, last2 kereta yang aku bawak sampai, kereta kakak & family tak sampai, diorang terpaksa balik cepat sebab malam tu ade majlis bacaan yassin kat sekolah Atina, nak PMR jap lagi.

balik pagi tadi, jalan clear je. tapi bawak relax je la. malas nak laju-laju (ke tak berani ?). takpe berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang disayangi & menyayangi. yang penting sekali [b]Ingat Allah di mana saja kamu berada[/b]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Sengih IdentitiSengih Identiti

Adik Beradik..gambar di ambil semasa umur mereka sama setahun+beberapa bulan Umar (Setahun + 1 bulan) Muadz (Setahun+2 bulan) Related posts: Giliran Muadz Pula : : Hijrah Muadz yang baru berani

Lailatul QadrLailatul Qadr

yang penting ketika Lailatul Qadr, bukanlah kita menemui tanda2 hadirnya, tetapi, bagaimana kita memakmurkannya, oleh itu, baki hari2 dalam ramadhan ini, anggaplah semua malam adalah lailatul qadr (dengan itu kita