Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung sungai Manila, kali terakhir balik masa tahun baru cina, agak lama jugak tak balik..
Muadz dah pandai merangkak betul hari khamis lepas, makin banyak tempat nak dilawati.
Mak & Bapak sihat alhamdulillah, cuma bapak agak tak larat, maklumlah usia dah makin bertambah..
Rumah mak & bapak tengah tak ada dapur sebab tengah renovate. Malam tu dengan family kakak, kak lalah, kak ipah & kamil kitorang bawak mak & bapak pergi makan kat tepi sungai perak, tak payah la nyatakan nama restoran kat sini, kang dapat promosi free pulak (negatif @ positif).
Baru 5 keluarga dah penuh satu meja panjang, kiranya 5 keluarga lagi ada mungkin lebih gamat agaknya. Muadz mandikan Cik Lah dengan air sejuk, kesian cik lah..gambar aku tak dapat letak sebab kamera ada masalah.
Hari ahad balik kuantan. jumpa buku “Bercinta Hingga ke Syurga” karangan ustaz hasrizal abdul jamil (saifulislam.com), carik kat kuantan semua stok habis, last-last jumpa kat R & R temerloh. tapi Buku aku terima nikahnya pun tak habis baca lagi..hihi
Minggu lepas genap 3 tahun usia perkahwinan amini & ashikim, moga kekal selamanya hingga ke syurga..