Sidik.Org Isu Semasa Manusia dan Hidrokarbon

Manusia dan Hidrokarbon

(image not available) model molekul Metyhl Tertiary Butyl Ether (MTBE) – dibina menggunakan swift 3d (blom siap lagi)

Ape kaitannye manusia dan hidrokarbon. jom kita tengok betapa manusia “moden” sekarang ni terlalu bergantung kepada petroleum dalam kehidupan seharian:-

1) Tenaga – Majoriti daripada sumber tenaga yang digunakan adalah dari sumber petroleum, kita masak guna gas LPG, kita nak bergerak guna petrol@diesel,stesen janakuasa elektrik guna gas asli.
2) Barang keperluan Rumah – yang paling banyak daripada plastik, antara jenis plastik poliethylene,polypropylene,polyvinylchloride (dan lain2 poliolefin), olefin2 tu semua asalnya dari gas . ape barang2 plastik yang kita selalu gunakan, banyak sangat, penyangkut baju, botol susu baby, pampers,henset, barang Komputer, dashboard kereta,lampu kereta,barang eletrik,plastik sampah, tong sampah, tilam, kerusi, beg, kain nylon, CD, Kad kredit, pen,contact lens,peralatan hospital,dan banyak lagi
2) Pertanian – nak buat baja ammonia pun asalknya gas jugek
4) Even nak buat bom TNT pun, asalnye daripada gas

Petroleum sekarang satu sumber yang makin kurang, sebab tu sekarang, kita nampak hubungan dua negara boleh jadi tegang disebabkan petroleum. malahan, perang “zaman moden” ni kebanyakan bermotifkan petroleum, kita tengok perang iraq & afghanistan yang dilancarkan oleh pendokong zionis, baru-baru ni sudan pulak nak dijadikan sasaran penyebar fitnah US.semuanya sebab minyak, sekarang manusia berlumba2 memajukan industri,kemajuan tanpa kawalan, semua tu memerlukan penggunaan kapasiti derivatif2 petroleum yang besar, bertambah lagi la kadar pengurangan sumber2 yang ada..

Baru 2 3 hari lepas, harga petrol naik seposen, harga diesel naik doposen kat malaysia. Bayangkan, bila reserve minyak & gas akan habis nanti, akan tiba masanya sumber kat dunia ni pupus, mase tu orang2 kebanyakan macam kita ni tak akan mampu nak beli petrol (naik basikal je la jawabnye, pastu masak guna kayu api @ guna cahaya matahari). memang tak dinafikan sumber2 alternatif banyak, tenaga solar, hydro, hidrogen,angin, ombak etc. tapi bersediakah manusia nak gunakan teknologi2 tu,dah cukup matang ke teknologi alternatif yang sedia ada. Lagi, bila gas asli dah takde,dah tak boleh nak buat plastik (mouse komputer pun gune besi kot), tak boleh nak buat baja (makanan pun kurang), nak guna minyak kelapa sawit pun kene ade baja jugak,buat jalan takde minyak tar .

kesimpulannya, dunia semakin hampir ke penghujungnya, jadi beringatlah kita. Kita tak tau bila masanya akan tiba, mungkin minggu ni, atau minggu depan, atau bulan depan & seterusnya. Walaupun kita mungkin tak bertemu dengan hari kiamat pada masa hidup kita, tapi kiamat kecil pasti kita akan temui juga (mati)..

Sama2 kita persiapkan diri menghadapinya..sekadar bebelan orang dah mengantuk..wallahua’lam

1 thought on “Manusia dan Hidrokarbon”

  1. Coretan yang menarik. Boleh menyedarkan manusia yang masih ‘tidur’ dengan kemewahan…..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Aku Malu..Aku Malu..

Saudara-saudara ku di Ghaza.. Ketika kau sedang bertempiaran lari dibom syaitan zionis Aku sedang duduk bersenang lenang di sini menonton berita tentangmu di TV Aku malu dengan diriku sendiri Aku

AirAir

Air takde kat kawasan balok hari ni, so tak dapat la mandi, air kat tangki reserve untuk wudhu& hal2 lain jek..sabar je la Related posts: Pergerakan terhad Jimatkan lah air

Budaya SensasiBudaya Sensasi

Mungkin kita biasa dengan berada dalam situasi ini. 1) Jalan empat lorong, kesesakan jalan raya berlaku dan pemandu tertanya-tanya apakah yang menyebabkan jalan raya sesak. Bila sampai, rupa-rupanya ada motokar