Sidik.Org Aktiviti,Keluarga Seminggu lagi pergi ke Pekan Insya-Allah

Seminggu lagi pergi ke Pekan Insya-Allah

Seminggu lagi, family aku akan mengadakan rombongan meminang ke Pekan insyaAllah, asal dulu cadang nak pegi semalam (sabtu 24/9), lepas tu ditangguhkan ke (2/10).

Elok juga ditangguhkan, sebab lepas tu baru dapat tau skolah2 ganti akan dijalankan pada setiap hari sabtu. maknanye cekgu2 takkan available pada hari sabtu (majoriti kakak², ipar² aku cekgu)

Persiapan setakat ni OK, tinggal beberapa item yang perlu disiapkan sehari sebelum majlis. semoga segalanya berjalan lancar. Kepada kawan², doakan la same ye..;)

Seminggu lebih lagi, ramadhan akan tiba lagi insyaAllah, sama² kita sambut ketibaannya dengan hati yang lapang dan gembira. ramadhan kali ni first time mase keje.

Tahun lepas, sepanjang ramadhan aku duk umah (mase tu status penganggur kehormat), seminggu pertama jadi penunggu rumah sorang², mak & bapak aku pegi umrah mase tu. Skrg alhamdulillah, rezeki dah bertambah baik, segalanya kurniaan dari Allah. Time menganggur tu memang banyak mengajar aku, salah satunye, camne nak menguruskan perbelanjaan..zaman boros2 dah lepas (contohnye mase zaman blaja dulu)

So kepada anak² yang masih blaja kat U tu (aku takde adik, anak buah aku yg paling tua dah masuk U,kire bebudak yang duk kat U tu, aku panggil anak² je la,hehehe), belajar la dari kesilapan orang² terdahulu. kalau ade pinjaman ke, biasiswa ke, pinjaman boleh ubah ke..jgn la sibuk nak upgrade PC, beli latest henset, sopping sakan beli baju@kasut baru banyak² etc. berbelanja la seadanya, sekadar keperluan. lebih2 tu simpan untuk mase depan, sebahagian lagi belanjakan fi sabilillah.

sekian sahaja ceramah kewangan kita pada malam ini :p

2 thoughts on “Seminggu lagi pergi ke Pekan Insya-Allah”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post