Ahmad Naqib Naqiuddin

Ahmad Naqib Naqiuddin bin Ahmad Kamil.Panjang gak nama budak kecik ni, baru balik melawat dia. Pagi semalam aku, mak & bapak pegi rumah kamil nak tengok baby, on the way tu bukak la IKIM.fm. yang aku perasan, sebijik-sebijik dia replay yang minggu lepas nye siaran, sebab minggu lepas pun aku dengar mase OTW nak pegi KL juge. daripada wawancara, nasyid, kata-kata hikmah..semua setakat replay je. tak kesah la asalkan bermanfaat.

Wawancara yang diulang pasal Blogging, sekarang memang bercambah orang yang buat weblog @ blog ni. cuma panduan untuk orang-orang yang terlibat tu (pem’blog’ dan pembaca)
[code]
1)rujuk surah al-asr, gunakan blog untuk berpesan-pesan

dengan kesabaran: jaga emosi & jangan putus asa. jangan cepat melenting
dengan kebenaran: cakap bende2 yang betul je, jangan nak menyeleweng
hargai masa : masa memblog tu, ingat2 masa kita, sama ada kita lama sangat di alam maya ni, kalau tengah guna peralatan pejabat @ masa bekerja tu ingat2 la ye, amanah tu. jangan lewatkan solat sebab leka sangat.kalau kita tak buat camtu, nescaya kita akan tergolong dalam orang yang dalam kerugian. moga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang beruntung, di sisi Allah

2) rujuk surah al-hujjurat, ayat 6

kepada pembaca @ orang yang buat blog tu. segala maklumat yang diterima tu kaji dulu kebenaran@ kesahihannya sebelum disebarkan@ dipercayai. supaya kita tak menyesal nanti kerana mempercayai @ menyebarkan berita-berita palsu. lagi-lagi mengenai agama. jangan sampai kita jadi fitnah terhadap Islam. Kalau tidak, kau akan menyesal (dunia & akhirat)

3) internet ini umpama sebuah kota, di dalam kota tersebut ada masjid, surau , skolah, pusat pengajian, pejabat, rumah kebajikan etc yang kita boleh mendapat kebaikan . tapi dalam kota tersebut juga ada lorong-lorong gelap (disko, modesto, pusat karaok, belakang mati) yang banyak kejahatan. jadi bergantung kepada kita, kita nak dapatkan kebaikan atau kejahatan.
(carilah kebaikan, elakkan kejahatan)
[/code]

pandangan peribadi sidik
[code]
banyak free blog provider yang bagi kemudahan contohnye blogspot.com, tblog.com etc.. satu yang aku nampak la. kat dalam sesetengah free weblog tu, dia akan letak satu banner, yang kadang-kadang mengandungi gambar-gambar yang tak sepatutnye. contohnye, blog tu berkaitan tentang agama…[b] tetiba!!![/b] kat atas tu ade banner yang mengandung gambar wanita separuh bogel ??? :o, free screensaver lah, clean up your temporary file lah. memang bende ni bukan kehendeak pem’blog’ tersebut & free blog provider nak jugak carik duit. tapi aku ade nampak macam satu hidden agenda di sebalik pemberian kemudahan blog percuma tersebut. ingat, rujuk ayat tersebut.

“sekali-tidak akan redha terhadap kamu akan orang-orang yahudi & nasrani terhadap sehingga
kamu mengikut jalan mereka …ayat seterusnya”
terjemahan al-baqarah, ayat 120

jadi, cuba cari alternatif lain ok :bintang: yang takde banner, tblog tu kire ok la kot sebab takde banner, wallahua’lam

lagi satu, kepada pem’blog’ tak sepatutnya menulis tentang perkara yang sepatutnya jadi rahsia syarikat, hal-hal rumahtangga sendiri , mengumpat pasal keburukan orang lain etc
[/code]

eh dah of topic lak, takpe la kan. insya-Allah bende kita boleh manfaatkan. sambung cerita. mase pegi tu dengan kak shimah, naik dua kereta. tapi dah ditakdirkan tersesat kat hujan lebat tu, last2 kereta yang aku bawak sampai, kereta kakak & family tak sampai, diorang terpaksa balik cepat sebab malam tu ade majlis bacaan yassin kat sekolah Atina, nak PMR jap lagi.

balik pagi tadi, jalan clear je. tapi bawak relax je la. malas nak laju-laju (ke tak berani ?). takpe berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang disayangi & menyayangi. yang penting sekali [b]Ingat Allah di mana saja kamu berada[/b]

Apa guna segulung ijazah

[url=http://sidik.org/gambar.php?id=47][img]http://sidik.org/thumbnail.php?id=47[/img][/url]
[b]Apa guna segulung ijazah ?[/b]

Selalu orang bertanya
apa guna segulung Ijazah
Memang tiada guna apa-apa
Jika belajar semata-mata mendapatkan
Segulung Ijazah yang tiada nilai

Kembali kepada tujuan
Menuntut Ilmu itu untuk apa
Untuk Berbangga-bangga?
Atau untuk Mencari Kerja?
Semata² mendapatkan Dunia?
Kalau itu tujuannya
Tak ada beza dengan seekor kuda
belajar berlari supaya tuannya berbangga
dengan kelajuannya di gelanggang
Supaya tuannya boleh mengambilnya
bekerja.. menjadi kuda
Tapi kuda memang begitu tugasnya
kita ini manusia..ada otak yang perlu diguna
kita ini hamba-Nya

Tanya diri sendiri
Betulkah niat kita selama ini?

Bertambah lagi anak sedara :)

Jam 0836 pagi, kakak Ipar aku, k.noraini isteri kepada Ahmad Kamil Zailani selamat melahirkan anak sulung mereka, Alhamdulillah. bermakna sekarang dalam keluarga Haji Zailani, aku la orang yang mempunyai paling ramai anak sedare :p. Tahniah kamil & k.ain!, moga jadi anak yang soleh.

Tadi dapat kiriman CD free Windows XP Service Pack 2 dari microsoft, aku order 2 minggu lepas, cepat gak diorang ni hantar. Antara kelebihan SP2 ni ialah ciri-ciri keselamatan yang ditingkatkan.

Alhamdulillah, konvo juga akhirnya aku :x

[b]Sabtu, 3 Sya’ban 1425 h[/b]
[i]0920[/i]: Berangkat dari rumah, meninggalkan kampung halaman tercinta bersama mak & bapak

[i]1000[/i]: Singgah sebentar di sungai besar, sarapan nasi lemak, meneruskan perjalanan ikut ‘jalan dalam’, jalan sawah, jadi tak perlu la nak menempuh jalan Sungai Besar – Tanjung Karang yang ‘cantik sangat’ tu. tembus kat Ijok. hari ni bawak relax je la. terhibur gak dengar berita ikim ‘Zulkiflie Siddiq ‘(Dengan slang inggeris yang terlampau ???), heheh.

[i]1200[/i]: Sampai Kepong, hallamak, jalan masuk MRR2 tutup plak, kan ade ‘keretakan’ pada tiang jalan, yang masih dalam penyiasatan BPR tu . wallahu a’lam, tu la jadinya kalo banyak guna ‘org dalam’ ni, putar alam punya kontraktor & orang y bagi kontrak tu. jadi terpaksa la masuk ke Jalan Ipoh & Pusat Bandaraya, sepatutnya pegi Jalan Ampang terus, tapi aku masuk jalan Pahang, saje nak jalan² tengok Tempat Praktikal hari tu, Jamal, Amin & Partners

[i]1340[/i]: Masuk jalan Ampang, cuaca agak panas..Berpeluh juga kat dalam tu, dengan Air Cond yang sudah kehabisan gas. Manusia² balik kerja, jadi situasi biasa la, traffic jam..

[i]1404[/i]: Sampai ke rumah kak ipah, Alhamdulillah. Baby, Siti Hanna Nadrah baru bangun tido,cubit jap tapi tak nangis plak budak tu, abangnye, si Zainul Arif tengah main sorang². solat zuhr+asar..tido jap..zzz

[i]1600[/i]: Pegi UPM, nak tengok budak-budak yang konvo petang ni cadangnye, sampai kat Pandan Indah, hujan pun turun dengan lebatnye, best gak meredah hujan ni. takpe, ade bumbung..alhamdulillah :p

[i]1700[/i]: Sampai KTP, naik pegi bilik arif jap ajak diorang pegi dewan. arif pegi dengan diqi. parking kat jalan depan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, selamba je la. Hari ni pak guard tak kisah.kat depan panggung percubaan tu ade gerai jual bunga-bungaan,hujan renyai², nampak si kimi tengah menjual bunga, hehehe.takpe jual bunga, jangan jual minyak. nampak si Labu (Mior Musa), dia konvo hari ni, tolong tangkapkan gambar jap, tatau jadi ke tak. lepas tu pegi tepi dewan, nampak barox & hadi. baru tengah menunggu, tahniah!.. jalan2 lagi, nampak Jo..lepas tu jalan² lagi, ler mane lagi, ramai dah balik bebudak ni. ye la kan, petang2 ni, hujan lagi,belum solat asar, tu yang ramai balik. gambar².lepas tu nampak la sorang budak tu ..ops (takleh diceritakan kepada orang awam, hal peribadi, hehehe)

[i]1903[/i]: dah nak maghrib ni, tapi takpe, aku ade kemudahan . rukhshah..mase balik Ampang, jalan agak gelap, aku tak biasa memandu malam² ni..sampai sana mak,bapak, kak ipah & a.zainal tengah bersiap nak pegi rumah kamil.aku pun join la, ta’khirkan solat maghrib kepada isya’. sampe rumah kamil yang kat tingkat 4 tu,exercise naik tangga. mak mertua dia ada kat sane, ye la kak aini ‘due date’ dia dalam seminggu ni insyaAllah, bertambah lagi sorang anak sedara aku nanti.

[i]2130[/i]: Mate pun dah mengantuk, lepas makan-makan, salam-salam, balik rumah kak ipah. mandi, seterika baju (minta tolong kak ipah seterikakan hood, aku seterika tak licin gak kenapa ntah ???),solat..tidoo zzz

[b]Ahad. 4 Sya’ban 1425 h[/b]
[i]0614[/i]: Bangun di awal pagi (Awal ke ?). mandi, solat subuh.

[i]0703[/i]: Makan sandwich yang kak ipah buat, seketul. minum teh, bersiap-siap pakai tie yang aku pinjam dari kamil, blazer RM40 yang beli dari haji mokhtar minggu lepas, ‘kasut skolah izzuddin’ aku beli kemarin (plastik pun plastik takpe la janji kilat, heheh). ok hayya bena,let’s go to UPM. jalan clear je hari ni, hari ahad, memang la..pekerja² ofis ramai yang berehat menikmati cuti kat umah. jam 0738 sampai di UPM, aku masuk ikut pintu belakang. saje la nak jalan-jalan jap menikmati pemandangan indah kat UPM ni, parking kat Gazebo. dekat sket dengan dewan, takyah la mak & bapak nak jalan jauh². baru beberapa langkah berjalan, eh baru aku tersedar aku sedang menyarungkan kasut yang dah berusia 2 tahun, dah rupa kasut kebun dah.hehheh.balik kat kereta semula, amik ‘kasut sekolah izzuddin’ aku tu. nampak budak-budak tengah berbaris,mak&bapak pegi tempat ibu bapa, aku pun masuk baris..nampak kat situ, mustakim, saufi & bebudak lain rajoo, azidah, binuwil, najib etc, aku tak kenal sangat dengan diorang ni, dulu satu kelas masa current issue.sikit je budak akaun, belas-belas je.tepat jam 0800 kami pun berbaris la masuk ke dalam dewan, diiringi muzik pancaragam yang telah direkodkan (Macam lagu Shin Ra kat game Final Fantasy VII je).mase masuk tu sempat la tengok muke kat skrin jap. :p aku duduk sebelah mustakim & rajoo. Lepas tu upacara pun bermula, perarakan pegawai akademik. nampak Dr.ali ade kat situ. perarakan masuk pro canselor, dan perarakan besar senat-senat dan dekan-dekan. lepas tu ucapan pro canselor, bebudak pun berbaris naik mengambil Fail Kosong. laki & pompuan semua dia salam, astaghfirullah. kan elok kalo yang pompuan tu takyah salam @ pakai sarung tangan ke. background muzik tradisional, gamelan, instrumental. ok la, berbanding mase aku pegi konvo k.anip kat UKM hari tu, ade ke patut mase tengah amik ijazah, muzik latar dia, pancaragam ??? siap dengan drum, trompet, etc.. tak seswai betul la. pagi ni yang konvo ramai budak-budak (budak ke?) PJJ & Executive. kursus paling ramai pagi ni Bacelor Komunikasi. Bacelor Akaun second last naik pentas, sebelas orang je, dalam pukul 1030 gitu. aku pun mengikuti la langkah-langkah yang ditunjukkan di skrin sebelum ni. mase naik, berhenti di tanda pangkah, etc etc..tunduk sket, salam, thank you, kepit fail, jalan, tengok kamera B-) duduk. lepas tu habis, ucapan graduan, ok gak ucapan mamat tu. tepukan gemuruh, Lagu putra gemilang, lagu negaraku, penangguhan konvo.keluar..heheh, maleh la nak menerangkan, guna point cukup la.

[i]1050[/i]: Keluar dewan, carik mak & bapak, cium tangan. lepas tu pegi la khemah tu, nak perkenalkan mak & bapak dengan seseorang, dapat jambangan bunga @};– terima kasih teman :x. ( Waa yang ni pun mane bleh cerita kat orang ramai – B-)), ringkasnye gambar-gambar sket, nampak bebudak KTP, arif, diqi, wei, din, isey, mail. gambar-gambar lagi. telepon kamil, baru nak pegi rupenye. ye la ingatkan habis pukul 1200 rupenye habis awal. kang anip mesej..mabruk! nantaziru fi masjid UPM. kat masji rupenye kang anip.takpe la, nanti pegi sana. kamil pun sampai, dengan k.ain & mak mertua kamil. kesian diorang jalan jauh, sebab parking kat padang kawad tu. lepas tu, pegi la ke masjid UPM. aku tumpangkan k.ain & mak dia g sana, sebab nak berjalan ke kereta kamil kang jauh lak. Pegi beli makanan jap kat Padang, agak sibuk juga jalan kat situ. beli nasik 9 bungkus, lauk pauk. air mineral. g UPM, berkelah la kat tepi tasik tu. UPM ni memang banyak tempat perkelahan yang best. Solat zuhr&asar. salam-salam, pegi rumah Kang Il. kat LDP tu hujan lebatnye, MasyaAllah. sampai tak nampak jalan. lampu brek belakang sebelah je yang hidup. So kereta pun dibawa dengan perlahan saje. Sampai rumah kang Il hujan lagi. adam datang bawak payung.

Begitulah ceritanya B-)

Aku pulang dari UPM (Sekejap)

Baru sampe rumah…letih, tapi best 😀

semalam pegi UPM, bayar yuran konvo, amik pakaian akademik (Jubah Konvo, Hood & Mortar Board). Hood untuk fakulti ekonomi & pengurusan warna kuning gading (Kuning Emas).. lepas tu berjalan ke KTP, lepa kat bilik arif & kimi. “Aihong ” di sana satu malam :tengkorak:..eheheh. budak² tengah sibut nak mengundi, biarkan la depa..

Malam tadi kimi pergi ke kajang, so kitorang pun pesan la sate kajang, dekat² 12 Malam baru melantak..alhamdulillah.. Jangan amalkan selalu untuk mengelakkan sindrom ke’boroi’an :p

Pagi tadi ade taklimat konvokesyen jam 9 pagi, tapi oleh kerana telah di’mindset’ dengan ‘janji melayu’ ramai la datang lambat, termasuk aku.. sekejap je rupanya dalam kul 10 setengah habis, jumpa burhan, selamat, labu, zaki musaddad, bob (mustakim) etc..etc, maleh la nak lepak lama², lepas tu g makan dengan bob, singgah cc sekejap, naik bas g pudu, solat, naik bas g sabak bernam..balik ke rumah…

UPM nantikan kepulanganku… :D

Esok, eh pagi nanti aku nak pegi UPM insya-Allah, untuk mengambil baju akademik (Jubah konvo & Hood). Hari Khamis ni ada raptai pulak. hari Jumaat Balik umah, sabtu pegi lagi dengan mak & bapak & kakak & anak² (sedare). Waa, best gak boleh berjalan-jalan ni. ya Allah, permudahkan segala urusan kami di dunia & akhirat amiin

Esok, ade pilihanraya kampus seluruh malaysia, tapi aku kisah hape. takde kene mengene, aku bukan budak U pon:yeke:. lagipun, sistem online ni [b]amat[/b] terdedah kepada manipulasi, setakat mengubahkan variable dari TRUE kepada FALSE, dari 70% – 30 % jadi 25% – 75% . tapi aku setakat memberikan pendapat, bende ciptaan manusia ni memang banyak sangat kelemahan. Tak boleh dibandingkan langsung dengan ciptaan Allah yang Maha Agung. ciptaan-Nya sempurna, sistem-Nya harmoni. Perfect.

Konvokesyen Sidang Ke Tiga > Sessi Ke Tiga > 2004

Insya-Allah hari ahad ni 19 September 2004, aku akan menjalani proses konvokesyen (heheh marah orang DBP tengok ayat camne :tengkorak: )

[code]SESI 3 (AHAD)
19 SEPTEMBER 2004 – PAGI

Nama Program
Master Alam Sekitar (Fak. Sains & Peng. Alam Sekitar)
Master Veterinar (Fak. Perubatan Veterinar)
Master Sains Pertanian (Fak. Pertanian)
Master Sains (Fak. Pertanian)
Master Sains (Institut Biosains)
Master Pentadbiran Perniagaan (Sek. Peng. Sis. Psn.)
Master Pengurusan (Sek. Peng. Sis. Psn.)
Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)
Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)
Bac. Komunikasi
Bac. Komunikasi
Bac. Kejuruteraan (Biologi dan Pertanian)
Bac. Ekonomi
Bac. Ekonomi
Bac. Perakaunan
Bac. Pendidikan (Peng. B. Malaysia Sbg. Bahasa Pertama)
Bac. Pendidikan (Peng. B. Malaysia Sbg. Bahasa Pertama)
Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
[/code]

Tapi budak² akaun batch aku sikit je la, yang lain-lain dah konvo bulan 6 lepas, aku tertinggal sebab tak mengikut cara yang sepatutnya, praktikal lambat.
tapi takpe, ade hikmahnye tu.wallahu a’lam.

Bagi aku takde pape yang menarik pun upacara konvokesyen ni, semata-mata satu proses. ape pun, bersyukur ke hadrat Ilahi. Alhamdulilalh

Memasang PHP,MySQL & Apache secara manual :WINDOWS

Dalam artikel ini saya menggunakan PHP 5.01 , MySQL 4.0.21 dan Apache 2.0.3.9 di dalam platform windows, sememangnya terdapat banyak pekej yang menawarkan pemasangan ketiga-tiga aplikasi tersebut secara automatik, tetapi sekiranya kita ingin mengubah konfigurasi secara manual dan mendapatkan edisi terkini, adalah lebih baik sekiranya kita memasang secara manual dari sumber masing-masing
perlu diingat saiz kesemua fail tersebut adalah besar!, saya mengandaikan bahawa anda mempunyai sambungan internet jalur lebar seperti streamyx, webbit dan sebagainya.
[u]1.0[/u]: Download
Download kesemua binary daripada laman web berkaitan:
[php][url=http://www.php.net/downloads.php]PHP[/url] : pilih windows binary without installer (zip package)
[url=http://httpd.apache.org/download.cgi]Apache[/url] : pilih windows binary apache 2.0.5.0
[url=http://dev.mysql.com/downloads/mysql/4.0.html ]MySQL[/url] : pilih windows binary, MySQL 4.0.2.1[/php]

[u]2.0[/u]: Install PHP
[u]2.1[/u]: Extract Fail PHP
Extract semua data menggunakan [b]winzip[/b] ke folder yang anda inginkan, contohnya [b]c : / php/[/b]
struktur folder tersebut nanti adalah seperti berikut
[code]
C:/php/
|_dev (folder)
|_ext (folder)
|_extras (folder)
|_pear (folder)
|_lain-lain fail
[/code]
[u]2.2[/u]: salin fail [b].dll[/b]
Buka folder [b]php[/b] dan anda akan melihat banyak fail di situ
salin [b]semua[/b] fail yang mempunyai extension [b].dll[/b]
[code]
php5ts.dll
libmysql.dll
*.dll
[/code]
ke dalam folder system ( contohnya [b]c:/windows/system32/[/b] bagi windows XP dan [b]c:/windows/system/[/b] bagi windows 98/Me)

[u]2.3[/u]: rename, edit dan salin [b]php.ini[/b]
Namakan semula (rename) fail [b]php.ini-recommended[/b] > kepada > [b]php.ini[/b]

edit fail ini menggunakan [b]notepad[/b] atau lain-lain editor :
gunakan fungsi edit > find di dalam notepad untuk mencari [b]”extension_dir”[/b]
[code]
;Directory in which the loadable extensions (modules) reside.
extension_dir =
[/code]
dan tambah [b]”C:/php/ext/”[/b] menjadi
[code]extension_dir = “C:/php/ext/”[/code]
kemudian cari pula “extension=php_mysql.dll” dan anda akan menemui
[code]
;extension=php_mssql.dll
;extension=php_msql.dll
;extension=php_mysql.dll
[/code]
buang tanda “;” di hadapannya menjadi
[code]
;extension=php_mssql.dll
;extension=php_msql.dll
extension=php_mysql.dll
[/code]
* bermula PHP 5, MySQL tidak ‘terbina dalam’ dalam php, oleh itu kita mesti mengubahsuai php.ini seperti di atas

:: tamat mengedit [b]php.ini[/b], simpan (save) fail ini, dan salin ke folder [b]”c:/windows/”[/b]
:: tamat memasang php

[u]3.0[/u]:Memasang Apache 2.0.3.9 sebagai windows service
[u]3.1[/u]: Gunakan installer
Memasang apache amat mudah kerena menggunakan installer, semasa menginstal pilih custom install dan pilih folder di mana anda akan menginstal apache. Pada asalnya (default setting) apache akan dimasukkan ke dalam folder program iaitu [b]c:/program files/apache2[/b]. saya menyarankan anda menginstal ke dalam [b]c:/apache2/[/b] untuk memudahkan capaian.

struktur folder apache2 adalah seperti berikut
[code]
C:/apache2/
|_bin
|_cgi-bin
|_conf (folder di mana httpd.conf terletak)
|_htdocs (ini adalah webroot dicapai menggunakan http://localhost nanti)
|_modules (folder di mana fail php_*.dll perlu disalin nanti )
|_lain-lain folder
|_lain-lain fail
[/code]

[u]3.2[/u]: edit [b]httpd.conf[/b]
hentikan sementara apache2 server (klik sekali ikon apache di tray bar dan pilih [b]apache>stop[/b]
anda juga boleh memberhentikannya menggunakan command line se[erti berikut:
klik [b]start > run >[/b] masukkan [b]cmd[/b]
di dalam command line tersebut taip [b]net stop apache2[/b] dan enter

buka folder [b]c:/apache/conf/[/b] di atas dan anda akan menemui sebuah fail bernama [b]httpd.conf[/b]
edit fail tersebut menggunakan [b]notepad[/b] dan tambah baris berikut di dalam fail tersebut
[code]
LoadModule php5_module c:/php/php5apache2.dll
AddType application/x-httpd-php .php
[/code]

simpan (save) fail tersebut
* diingatkan semula, ini adalah php 5 & apache 2

[u]3.2[/u]: salin [b]php_*.dll[/b] ke dalam folder [b]module[/b]
buka semula folder php tadi dan buka [b]c:/php/extensions/[/b], di dalamnya anda akan melihat fail yang bernama php_mysql.dll, php_pdf.dll [u]dan lain-lain[/u] (dll :p).

salin semua fail tersebut ke dalam folder [b]c:/apache/modules/[/b]

[u]3.3[/u]: mulakan semula apache 2
sekarang, PHP & apache telah siap dipasang 🙂
mulakan semula apache 2 dengan klik sekali pada ikon apache di system tray di penjuru kanan bawah.
pilih [b]apache2>start[/b]
atau di dalam commandline (start>run) masukkan [b]net start apache2[/b]

[color=green]berjaya??[/color] 😀 atau [color=red]tidak[/color]:tengkorak:
sekiranya berjaya, alhamdulillah anda boleh meneruskan proses berikutnya
sekiranya ada error, perhatikan semula langkah-langkah di atas satu per satu dan cuba lagi

[u]3.4[/u] cobaan 1..2..3
double click pada icon apache dan di status bar di bawah terdapat
[code]
Apache 2.0.4.9 (Win32)PHP/5.0.1
[/code]
sekiranya ada, bermakna ..tahniah anda telah berjaya memasangnya :bintang:
gunakan [b]notepad[/b] masukkan kod PHP di bawah ini
[code]

[/code]
[b]save as > save as type >all files[/b]
namakan sebagai [b]phpinfo.php[/b]

salin fail ini ke dalam [b]c:/apache2/htdocs/[/b]

buka peluncur (browser) anda (Mozilla Firefox, Opera, Internet Explorer Dll)

taip pada Address bar
[code]
http://localhost/phpinfo.php
[/code]
satu laman akan dipaparkan menunjukkan maklumat php anda !!

::Tamat memasang Apache

Boleh guna bbcode

apakah motif gambar di bawah ini
[url=gambar.php?id=40][img]http://sidik.org/thumbnail.php?id=40[/img][/url]

-masukkan smarty plugin bbcode to html
-upgrade smarty 2.6.4 🙂
-upgrad overlib 4.06

waaa ngantuknya.. bismika Allahumma ahya waamuut zzz