Sidik.org kini lebih ‘mesra enjin pencari’

Dengan menggunakan modul apache [b]’mod_rewrite'[/b], sidik.org telah dikemaskini supaya lebih ‘search engine friendly’.

contohnye.. sekiranya sebelum ini untuk mencetak catatan ini (id = 53)
[code]
[url]http://sidik.org/index.php?isi=cerita&id=53&BRSR=0&cetak=1[/url]
[/code]

sekarang, URL nye telah dipermudahkan kepada
[code]
[url]http://sidik.org/catatan_53__cetak.php[/url]
[/code]

Jadi, URL anda akan lebih ‘enak’ dilihat oleh manusia dan robot (tanpa tanda ‘&’ ,’=’ dan ‘?’ :p )

bagaimana caranya ?

buat satu fail [b].htaccess[/b]
di dalam fail [b].htaccess[/b] , tambah kod seperti berikut
[code]
Options +FollowSymLinks
RewriteEngine on
RewriteRule (.*)_(.*)_(.*)_(.*).\php$ index.php?isi=$1&id=$2&BRSR=$3&$4=1
[/code]

untuk mod_rewrite generator, sila ke :-
[url=http://www.webmaster-toolkit.com/mod_rewrite-rewriterule-generator.shtml]webmaster-toolkit.com[/url]

selamat mencuba :bintang:

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim..:)

[code]
Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim, setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda yang dipertuan agung etc..etc.. dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan Ramadhan bagi tahun 1425 Hijrah jatuh pada hari Jumaat,15 Oktober 2004[/code]

Alhamdulillah, selamat datang bulan Ramadhan :)… nak pegi solat terawikh jap g

Bermula kerjaya sebagai penunggu

alhamdulillah, mak & bapak dah selamat berlepas ke tanah suci. kapal terbang jam 4.50 petang sabtu semalam. mase balik tu, ikut highway sungai buloh, exit kat bidor, terus pegi rumah kak ramlah. aku tak biase drive jauh malam2 ni sebenarnye (first time kot), kalau naik moto tu biase la.alhamdulillah perjalanan pegi dan balik selamat. kat KLIA tu je yang kantoi sikit, sebab parking kereta dia berpusing-pusing :tengkorak: . tapi kesimpulan yang aku dapat sepanjang perjalanan, memang kebanyakan pemandu Malaysia ni kurang ajar (termasuk aku ke?). tu la hakikatnye, yang aku nampak baik camne pun orang tu, bila dah kat jalan raya, akan ade akhlak lain yang menyalahi akhlak ketika tak kat jalan raya & kat jalan raya juge kita cepat rasa bengang & tension, patut la banyak sangat eksiden. (na’uzubillah).

**aku amat tak bersetuju dengan istilah “ke c e l a k aan” jalan raya yang amat popular satu masa dulu, c e l a k a tu maksudnya dilaknat, tak patut la mengatakan orang yang ditimpa kemalangan tu, ditimpa laknat, ish2 tak patut betul

tapi maksud aku bukan la semua, ” kebanyakan ” dengan “semua” tu kan maksud yang berbeza. tu la yang kita semua kene fikirkan & berusaha baiki. kita sama-sama ‘ syncrhronized’kan akhlak kita di mana-mana pun.

Jadi dalam masa dua minggu ni jadi penunggu rumah la, sementara belum kerja nih..wallahua’lam z zzz