Pergerakan terhad

hari isnin hari tu moto aku pancit, tapi takde tool nak bukak tayar moto tu, contact org tuka tiub pon takde.

so sehari dua nih kene menumpang la jawabnye. sabar je la 😐

Tahniah cekgu atiqah

Tahniah atiqah sebab dapat tawaran Bac. Sc & Edu (TESL) UTM, kene speaking la jumpe nanti 🙂

atiqah ni sape? ini la anak buah aku yang paling sulung, bawah dia ada 29 orang lagi & jumlahnye akan bertambah dari semasa ke semasa insyaAllah..:)

Al-Fatihah

Abdul Rahim, anak kepada mak iti (mak sedara aku) kembali ke rahmatullah jam 5.30 tadi,pada usia 27 tahun. punca kematian, masalah buah pinggang & jantung..innalillahi wainna ilaihi raaji’uun..takziah diucapkan kepada anak dan balu allahyarham, serta keluarga beliau…moga rohnya dimasukkan dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah..

terkedu seketika, terkenangkan ajal yang kita tak ketahui bila tiba..ya Allah moga kami menemui-Mu dalam keadaan beriman kepada-Mu..amiin..

al-fatihah..

Pendapat seorang ‘ustazah’ yang mengelirukan

Perhatikan soal jawab agama di bawah:-

[b]Jual diri kerana terdesak[/b]

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.
Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.
Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?
Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?
Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.
Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.
Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.
Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.
Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.
Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.
Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.
Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

(Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri)

soal jawab ini disiarkan dalam Metro Ahad, 19/6/2005 .

——————————–

persoalannya, adakah keadaan di Malaysia begitu “darurat” sehingga mendesak rakyatnya melacur untuk mencari makanan ? ? ?. amat menyedihkan kerana pendapat ini keluar daripada seorang ustazah yang kemudiannya bergelar sebagai dato’ sejak penglibatannya dalam politik..

Baru je aku baca dalam majalah I isu julai 2005, tulisan oleh ustaz asri mengenai “Bahaya Penceramah”.

Penceramah “bahaya” yang dimaksudkan ialah antaranya penceramah yang tidak mempunyai pengetahuan tentang hukum tetapi memandai2 mengistinbatkan hukum, menyebut hadis tanpa melihat kesahihannya dari sudut sanad & matan. selain dari tu, mereka yang suka memasukkan kisah2 dogeng israilliyat & hadis2 palsu untuk “mencantikkan” lagi ceramah mereka supaya orang2 yang jahil melopong mendengar “kehebatan” ceramah yang disampaikan.Untuk mendapat redha manusia, redha Allah ditolak tepi ?

secara tak sedar, orang2 camni la yang cuba merosakkan Islam..na’uzubillahi min zaalik..oleh tu kawan2, bila kita dengar sesuatu @ terima sesuatu bahan bacaan, jangan la terus percaya, selidiki dahulu.. wallahua’lam

Habis dah, singgah pandan Indah

baru habis course tax 2 hari, ramai gak orang2 yang aku kenal ade kat PERMATA hari ni & semalam. budak2 sekali orientation hari tu, ex-bos aku, ex-skulmet. so far ok la program ni, boleh gak refresh otak aku pasal tax nih, dulu mase blaja main2 je, tak patut betul..

naqib da pandai lari2 atas tempat duduk baby yg beroda tu (ape ke name bende tu aku pon tatau)

mase pegi hari tu, ade orang tolong belikan tiket.terima kasih teman ;), naik bas pukul 1, dari balok ke Kuantan, meredah hujan la. basah la juge, kasut pun penuh air.ape pun alhamdulillah slamat semuanya..

Ke bangi

jap g nak naik bas pukul 1 ke KL, esok pagi terus pegi ke PERMATA, bangi..semoga perjalanan ini dilindungi Allah sentiasa..amiin

semalam orang2 finance buat lawatanke PDH ‘(Propane DeHydrogenation) plant, tourist guide dia syam PDH. masuk situ jadi cam rusa masuk kampung la, macam jakun pon ade . tapi tak kesah la sesekali kan

Ke kertih

baru balik dari ethylene malaysia, kertih. ada urusan pekerjaan kat sana, cantik la landskap kat plant tu. bila kita jumpa orang lain baru la kita tau kedudukan kita & area2 yang perlu di ‘improve’ di pihak kita.

tapi pegi siang tak nampak la sangat keindahan flare2 (api) kat kertih tu..kalo g malam baru la cam aerospace ..ala kat plant aku pon bole nampak gak, tapi sket je la

hmm dah lame juge aku tak menulis..

minggu ni aku akan ke bangi insyaAllah, sebab ade kursus percukaian. kene bukak balik la buku tax yang dah lame tak bace :p

rumah aku sekarang dah tinggal 2 orang je sebab tajul dah pindah rumah lain (member da kawin beb) maknenye cost sharing tu kurang la sket atau dengan kata lainnye, kos setiap orang kene bayar bertambah..banyak gak tu. so sesape nak masuk rumah ni silakan la (lelaki sahaja ye).. bilik kosong tu

Hari Isnin :D

Sindrom hari isnin, jangan jadikan satu budaya..betulkan niat kerana Allah,berfikiran positif,lakukan kerja dengan Amanah, InsyaAllah semuanya diberkati..selamat bekerja B-)