30 May 2006 – 18 Jun 2006 :: Mod cuti

😀
semoga Allah melindungi kita semua. amiin..

selamat pengantin baru kepada 2 orang lagi ex-classmate aku faizal ahmat (kepek) & shahrulnizam abu bakar (sooi) yang akan menamatkan zaman bujangnye hujung minggu ni juga, marilah beramai² berhijrah kepada yang lebih baik 😉

Inderapura Country Resort, Pekan, Pahang

Aku dah book inderapura country resort, pekan pahang dari beberapa bulan yang lepas (bulan 2 tak silap aku) untuk accommodation keluarga aku mase majlis walimah nanti, book 4 bilik vip (satu tu ade 2 bilik, jadi total 8 bilik)
rate vip room RM120 (2 bilik), standard room RM70 (1 bilik)

2 minggu lepas, aku call resort tu, confirmkan .tetiba dia cakap, dia boleh provide 2 bilik vip, so 4 bilik lagi , standard room.. so ok la, acceptable..

Tetiba hari ni, orang resort tu call aku, inform semua bilik VIP dah penuh, ade datuk dah book, tak tau la datuk mane :tumbuk:. so kene la book 8 bilik standard.. maknenye dah lari le budget… hmm, I am considering to cancel the booking and find another place.. :monyet:

tak kesah la orang tu datuk ke nenek ke, sape book dulu patutnye bagi preference dulu. what sort of sick mentality by some of our citizen 😮

Balik course..

Course hari tu ok le, the speaker shown that she knows deeply about the subject matter. balik dari KL, try carik ofis jamal amin, tak jumpe, dah pindah ke mana pulak diorang ni. Tekak tengah sakit, nak bercakap @ menelan rasa kurang selesa sket.. alhamdulillah, ujian itu adalah tanda Allah sayang akan hamba-Nya..

semenjak dua menjak ni banyak peristiwa² disebabkan dipanah petir..satu peringatan direct dari Allah untuk kita..

Minggu lepas & minggu ni, jauh juge aku bermusafir. minggu depan pun berjalan lagi insyaAllah.. mak & bapak dijangka balik 13 mei 2006

countdown..27 days to go, moga aku nanti dapat jadi suami yg soleh, rumah tangga kami diredhai Allah sentiasa.. amiin