Bulan Haji..

Opick – Haji

labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni’matalak
walmulkala syarikalak

wahai Allah
kami datang memenuhi panggilanMu
tiadalah sekutu untukMu
segala puji dan kuasa untukMu

kami meraba tanpa cahaya
kami yang lupa hina dan papa
di hadapanMu yang Maha Indah
di hadapanMu yang Maha Mulia

labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni’matalak
walmulkala syarikalak..

……………..

ya Allah, jemputlah aku mengunjungi rumah-Mu untuk menunaikan Ibadat hanya kepada-Mu..

umrah_107

(gambar ketika umrah Sya’ban/Ramadhan 1423H)

Dapat “Beras” Baru

24 Oktober 2009 / 5 Zulkaedah 1430H, Pak Mertua aku , Cikgu Mad Duan mendapat menantu baru, merangkap “beras” baru aku (bukan beras laa, biras..itu cerita ahmad albab). Tahniah diucapkan kepada adik ipar Nor Azra (Kak Teh) dan suaminya Asrul Fadlishah..

ktehumar ktehmuadz pengantinkim dan anak2

Muadz yang baru berani berjalan

Setelah berusia 14 bulan sepuluh hari, akhirnya datang keyakinan pada Mohd Muadz As Sabiq berjalan tanpa tangan dipimpin.

Keluarga aku termasuk adik beradik dan anak2 saudara memang variety dari segi kecepatan berjalan, ada yang 8 bulan dah berjalan, ada yang sampai 18 bulan baru yakin untuk berjalan. Tapi seperti yang dikatakan oleh pakar psikologi, tak ada bezanya kecepatan atau kelewatan berjalan dengan perkembangan kanak-kanak.

As Sabiq ni, waktu sekarang agak banyak mulut, semua bunyi yang dapat ditangkap akan ditiru, hatta termasuklah bunyi siren ambulan yang sepoi2 bahasa di jalan raya, bunyi ayam berkokok kat rumah makcik kat belakang dan bunyi montaj astro oasis.

Dalam kereta lagu favourite muadz ialah lagu flowers are red dendangan zain bikha,  sebab dalam lagu tu ada bunyi suara ..bum, bum.. bum, bum.. kalau dah habis, selalunya si kecil ni buat-buat nak nangis. bila lagu tu dimainkan semula, dia akan tersenyum dengan bangganye..abah dah dengar lagu tu berpuluh2 kali pun, lidah masih berbelit nak ikut..

Berjalan & bermusafirlah Muadz di muka bumi Allah ini. tak usahlah asyik nak menyakat along awak tu..nanti awak juga yang nangis..

muadz kat kerusi

Tukar Tempat Kerja

Selepas 4 tahun 8 bulan di MMSB/PPMSB di Gebeng, Bermula 1 Oktober 2009 (minggu lepas) aku berpindah tempat kerja ke PETRONAS Dagangan Bhd di Bandar Kuantan. Bermula hari jumaat semalam shikim yang mengambil alih tanggungjawab menghantar & mengambil anak2 ke rumah pengasuh kat Sungai Ular, dah tiba masanya untuk pergi kerja berasingan, seorang menghala ke utara seorang menghala ke selatan (macam la jauh sangat, hehe) sebelum ni pergi & balik kerja sekali,  sekarang tak dapat le.

Moga Allah sentiasa melindungi keselamatan kami semua khususnya dalam perjalanan pergi dan pulang dari mencari rezeki. Terima Kasih isteriku..:)

PDB Kuantan office