1432 Hijrah, 30 tahun, Sidik.org

Abah kepada dua orang anak, tanda-tanda lanjut usia mula nampak

1) Kita baru masuk ke tahun 1432 hijrah. Semoga hijrah kita sentiasa ke arah kebaikan. Hayati hijrah Rasulullah S.A.W, keluarga dan sahabat Radiallahu Anhum. Sama-sama betulkan niat kita, jangan sampai niat yang salah menjadikan segala amalan baik yang kita lakukan jadi sia-sia.

2) Menginsafi umur saya yang genap 30 tahun mengikut perkiraan takwim Hijriah pada tanggal 20 Zulhijjah 1431H dua minggu lepas, semoga Allah sentiasa merahmati kami dan mengampunkan dosa-dosa kami, dan pengakhiran umur kami nanti dalam keadaan baik, (husnul khatimah) amiin.

Abah kepada dua orang anak, tanda-tanda lanjut usia mula nampak
Abah kepada dua orang anak, tanda-tanda lanjut usia mula nampak

3) Setelah dua (2) tahun domain sidik.org terlepas ke tangan pihak yang tak berkenaan akibat saya terlambat memperbaharui langganan, tahun ini pihak tersebut tak memperbaharui langganan mereka (mungkin kerana tak ada orang nak beli). Jadi semalam domain tersebut kembali saya langgan, tetapi buat masa ini saya hanya set untuk redirect (terjemah?)  ke sidik.org.

Dari Umar R.A. : aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: ” Sesungguhnya setiap amalan tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan memperoleh sesuai dengan niat masing-masing. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang ingin diraihnya atau untuk seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sebatas pada apa yang menjadi niatnya” – terjemahan hadith Riwayat Bukhari –