Ingatan bagaimana lagi yang kita nanti ?

Semenjak dua menjak ini kita diingatkan dengan kemalangan ngeri, tsunami, letusan merapi dan macam-macam kejutan lagi di dalam dan luar negeri, tapi kita macam buat-buat tak reti. Masih lagi meninggi diri, mungkin sebab belum kena pada batang hidung sendiri, atau menanti bencana yang besar lagi, lalu kita jadikan berita sensasi. Ya Allah, lindungi negara dan […]

Musafir Di Aidil Fitri

Pertamanya al-Fatihah buat arwah Aki (ayah kepada ibu mertua saya) yang telah kembali ke Rahmatullah pada malam hari raya di Pekan. Juga Al-Fatihah buat arwah Sapuan Mat Ariff, bekas rakan sekelas di Sekolah Rendah . Walaupun beberapa kali kita ber SMS nak berjumpa di Kuantan, akhirnya tak kesampaian juga. Sesungguhnya kita milik Allah, dan sesungguhnya […]

Salam Eidul Fitri 1431H

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya, ¬†selamat tinggal bulan Ramadhan, ¬†moga tahun depan kita berjumpa lagi. Moga Ramadhan ini menjadi titik perubahan kepada kita untuk menjadi muslim yang bertaqwa dan yang penting, moga kita sama-sama mendapat keredhaan dan keampunan Allah. Dengan penuh merendah diri, kami sekeluarga mengucapkan¬†mengucapkan Salam Eidul Fitri kepada semua umat Islam, dan kami […]

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-53

Kita adalah hamba Allah yang merdeka. Merdeka untuk membuat pilihan baik dan buruk, merdeka untuk membuat perubahan, merdeka dari jadi hamba manusia (dan jin), merdeka untuk melakukan apa yang kita kehendaki. Tapi ingat, kita ini dahulu, kini dan selamanya adalah Hamba Allah..jangan biar minda kita terus dijajah oleh persepsi-persepsi pelik buatan manusia. Selamat menempuh 10 […]

Budaya Sensasi

Mungkin kita biasa dengan berada dalam situasi ini. 1) Jalan empat lorong, kesesakan jalan raya berlaku dan pemandu tertanya-tanya apakah yang menyebabkan jalan raya sesak. Bila sampai, rupa-rupanya ada motokar pancit di lorong berlawanan, dan ada dua tiga motokar lagi berhenti. Selepas tempat tersebut, lalulintas bergerak lancar dan pemandu tadi masih tertanya-tanya kenapa tempat tadi […]

Kisah Beg Pinggang

Hari Ini, dalam satu mesyuarat panjang anjuran sebuah jabatan kerajaan Aku hadir sebagai wakil kepada pengurus di pejabat syarikat. Tiba-tiba aku terlihat di dalam senarai nama hadirin, ada nama yang macam pernah kudengar nama itu, wakil kepada sebuah syarikat lain. Lalu aku tanya Mr M di sebelah, yang tu nama dia Encik S ye? MR […]

Kitaran

Ketika sepasang suami isteri berbunga hatinya menerima sebuah kelahiran.. Di sana mungkin ada seorang anak menangisi sebuah pemergian.. Ketika sekumpulan anak muda riang ria menyambut ulangtahun kelahiran ke dua puluh sembilan.. Di sana mungkin ada pesakit kronik seusia keseorangan menanti saat kematian.. Ketika dipaparkan berita orang menjadi korban kemalangan.. Di sana ada wartawan rasmi atau […]

Ramadhan

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi s.a.w bersabda “Puasa adalah pelindung dari api neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: ‘Sesungguhnya aku berpuasa’.” (Maksud Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Muhammad Muadz As Sabiq, tahun yang ke dua

Dua tahun yang lepas, hari Jumaat 8-08-2008, bersamaan 7 Sya’ban 1429H. Pasangan Sidik Al Amini B Zailani & Nor Ashikim Bt Mahmad redzuan menyambut kehadiran cahayamata yang ke-2, Muhammad Muadz As Sabiq. 2008 2010 Anakku, Dunia di depanmu mungkin tak sama dengan dunia yang telah dan sedang kami sedaya upaya lalui Zaman berbeza Cabaran berbeza […]