Perjalanan memperolehi CIMA

Alhamdulillah, semalam saya telah mendapat keputusan lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accounting (CIMA). Semuanya bermula pada 2015 di mana saya melihat sebuah iklan mengenai program Peneraju Professional Pensijilan Perakaunan Yayasan Peneraju yang dikongsi oleh salah seorang rakan di Facebook. Saya melayari laman web berkenaan dan mendapati had umur bagi program tersebut adalah 40 tahun. […]

Dari Negeri di Bawah bayu ke Negara Gajah Putih

Setelah lebih setahun di Sabah,  Negeri di Bawah Bayu, kini masanya untuk berhijrah semula.   Bermula 1 Jun,  saya berhijrah ke Ibu Kota Kuala Lumpur, dan selama enam bulan ditugaskan di Negara Gajah Putih, Thailand. Benarlah, hidup ini adalah satu perjalanan. Semoga Allah meredhai dan memberikan rahmat di sepanjang perjalanan ini. Amiin..

Nyaman bah

Alhamdulillah setelah beberapa minggu kami jadi “orang gelandangan” kerana barang-barang diangkut masuk ke kapal. sekarang keadaan menjadi bertambah baik.Minggu lepas, barang-barang dan kereta sampai dengan selamat. Terima Kasih kang Ajib, Kak Lin dan anak-anak kerana sudi menerima kami menjadi tetamu di rumah mereka selama seminggu  lebih dan meminjamkan kenderaan untuk kami bergerak. Kepada saudara dan […]

Tahun ke-5, menuju infiniti

3/6/11 Genap tahun ke-lima Isteri saya dan saya disatukan dalam ikatan pernikahan, dan kami sekarang diamanahkan dua orang putera yang sedang dalam proses pembelajaran menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ya Allah, Alhamdulillah, kami bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan kepada kami,  Semoga kami sekeluarga akan sentiasa dalam perlindungan dan panduan dari-Mu […]