Categories
Aktiviti Ingatan Keluarga

Temai Hulu, Kota Bharu, Sungai Manila dan Makkah

1) Dua minggu lepas Abah & Mak mertua saya berlepas ke Tanah suci menyambut panggilan Haji. Ketika ini mereka sedang bersiap untuk memulakan perjalanan wukuf di Arafah. Semoga Allah menerima Haji mereka.

Mak (di kuantan airport)
Mak (di kuantan airport)
abah (kanan sekali) - Di Kuantan Airport
abah (kanan sekali) - Di Kuantan Airport

2) Minggu lepas saya ke Kota Bharu atas urusan kerja, dan nampaknya angin monsun timur laut sudah mula menampakkan kunjungan tahunannya.

Kota Bharu - Hari 1
Kota Bharu - Hari 1
Kota Bharu - Hari ke dua
Kota Bharu - Hari ke dua

3) Minggu lepas saya dan keluarga berkesempatan pulang ke Sungai Manila, Alhamdulillah. Moga kepulangan kami mengubat sedikit kerinduan ayahbonda.

Bapak - 2 November hari ulangtahun kelahiran yang ke-78
Bapak - 2 November lepas hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-78
Nak tengok Lori
Nak tengok Lori - Sebelum kena marah

4) Selamat menyambut Eidul Adha. Bersama kita belajar dari kisah pengorbanan baginda Ibrahim Alaihi Salam, Ismail Alaihi Salam & Siti Hajar.

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Terjemahan Surah Ibrahim: Ayat 40)

Categories
Aktiviti Keluarga

2 Minggu bermusafir

Dua minggu dalam bulan ini dipenuhi dengan bermusafir.

Hari  Sabtu dua minggu lepas ke pulau mutiara atas urusan kerja, Umar & muadz & Ibu mereka pun ikut sama, pertama kali naik firefly (perbelanjaan sendiri ye).

Alhamdulillah, tak  la bergegar sepertimana yang dikatakan. cuma Umar malam tu bad mood sikit sebab siang tak tidur. Masa naik menangis, masa turun pun menangis. Banyak faktor penyebab “kemenangisannya” (mintak maaf ye cikgu bahasa melayu) antaranya, duduk betul-betul sebelah kipas enjin yang bising, ibu & abah duduk asing-asing, masa dalam perjalanan ke airport umar tidur kat belakang, malam gelap, etc…etc.

di-kuantan-airportpenang-trippenang-trip-2

Bagi aku, ni kali kedua di Pulau pinang, kali pertama masa sekolah dulu, ikut rombongan sekolah Kak Ipah naik bas.

penang-bridgecable-car

Hari isnin 19/01/09, Balik-balik dari bukit bendera (lepas habis urusan kerja)  masuk bilik tengok atas meja ada sebiji kek bertulis ” Happy Birthday”.. (hari lahir siapa pulak ni)..

Sidik :I just return to my room, and see on the desk there is a cake, may I know whose cake is this, I didn’t order as long as I remember

Receptionist : Hold on sir…. (lepas beberapa saat) Isn’t today your birthday?

Sidik : No lah.. mine was 19 October 1981, not 19 January..

Receptionist : It is written here 19/01/1981, so our staff was wrongly entered your birthday, ok sir you can have the cake, don’t worry..

Sidik : (Dalam hati) Rezeki.. Hehehe, ok thank you..

besday-cake-freepotong-kek

Tempat-tempat yang sempat dilawati (selepas selesai urusan kerja la yang pastinya). Naik kereta kabel bukit bendera, makan char kuey teow di Padang Kota Lama, beli coklat & buah pala,pergi taman rama2. Memang tak banyak, sebab tujuan pergi bukan nak melancong.

chocolate-boutiquerama-ramarama

Balik hari rabu malam, kerja 2 hari, hari sabtu balik Perak pulak. Sejak idulfitri yang lepas tak balik Perak, kesian Mbah Lanang & Wedok rindukan umar & muadz & menantunya orang Pekan nih. Kak Lalah, jangan jeles ye, memanglah adat dunia orang yang jauh & jarang jumpa dirindui selalu, heheh..

nak-pegi

Jalan ok je, nampak di arah yang berlawanan, kereta bersesak-sesak dari plaza tol gombak ke Genting Sempah.

jem-gombak

Alhamdulillah Mak & Bapak sihat, kami sampai waktu asar.

rumah-bapakahlan

Kat Sungai Manila, Kamil sampai malam tu masa kitorang dah tidur(dulu aku janji nak panggil Kang Kamil masa darjah 6 tapi tak panggil-panggil jugak). Dah setahun tak jumpa Kamil ni, last time jumpa masa bulan 1 tahun lepas. Naqib dah pandai cakap banyak, naqia pun dah besar..

Esoknya, Atiqah dan adik-adiknya kecuali Aiman, datang. Belasah durian Sungai Manila, memang dah lama tak rasa durian kat sini, sejak pokok-pokok tepi parit mati. Kiranya ni durian kampung generasi pokok-pokok baru, sempat jugak aku makan..alhamdulillah

Malam tu Kak Ipah dan anak-anaknya yang katun2 tu pun sampai..kak ipah sampai-sampai tu aku tengah terlelap kat bawah.. mak, kok lemu temen adik ki.. (Mak, kenapa gemuk sangat sidik ni).. entah la, aku rasa kurus je, seluar je yang semakin mengecil..

bebudak

kapung

Esoknya perjalanan balik, singgah beli kerepek kat kedai kerepek dekat Sungai Apong, dekat SBPI sekolah lama Aizat.

kerepek

Makan tengahari di Sekinchan. Sampai rumah dalam pukul 7 malam. Kabinet dapur dah siap, Amran pasang masa kitorang balik kampung. Tapi Umar yang rasmikan dulu & tolong mengemas 🙂

kabinet

muadz