Categories
Aktiviti Ingatan Keluarga

Temai Hulu, Kota Bharu, Sungai Manila dan Makkah

1) Dua minggu lepas Abah & Mak mertua saya berlepas ke Tanah suci menyambut panggilan Haji. Ketika ini mereka sedang bersiap untuk memulakan perjalanan wukuf di Arafah. Semoga Allah menerima Haji mereka.

Mak (di kuantan airport)
Mak (di kuantan airport)
abah (kanan sekali) - Di Kuantan Airport
abah (kanan sekali) - Di Kuantan Airport

2) Minggu lepas saya ke Kota Bharu atas urusan kerja, dan nampaknya angin monsun timur laut sudah mula menampakkan kunjungan tahunannya.

Kota Bharu - Hari 1
Kota Bharu - Hari 1
Kota Bharu - Hari ke dua
Kota Bharu - Hari ke dua

3) Minggu lepas saya dan keluarga berkesempatan pulang ke Sungai Manila, Alhamdulillah. Moga kepulangan kami mengubat sedikit kerinduan ayahbonda.

Bapak - 2 November hari ulangtahun kelahiran yang ke-78
Bapak - 2 November lepas hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-78
Nak tengok Lori
Nak tengok Lori - Sebelum kena marah

4) Selamat menyambut Eidul Adha. Bersama kita belajar dari kisah pengorbanan baginda Ibrahim Alaihi Salam, Ismail Alaihi Salam & Siti Hajar.

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Terjemahan Surah Ibrahim: Ayat 40)

Categories
Aktiviti Anak-anak Sidik Ingatan Keluarga

Salam Eidul Fitri 1431H

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya,  selamat tinggal bulan Ramadhan,  moga tahun depan kita berjumpa lagi. Moga Ramadhan ini menjadi titik perubahan kepada kita untuk menjadi muslim yang bertaqwa dan yang penting, moga kita sama-sama mendapat keredhaan dan keampunan Allah.

Dengan penuh merendah diri, kami sekeluarga mengucapkan mengucapkan Salam Eidul Fitri kepada semua umat Islam, dan kami memohon kemaafan  sekiranya ada sebarang kesilapan sama ada yang kami sengajakan atau tidak, dan kesalahan yang kami sedari atau tidak.

Daripada Aisyah R.Anha, Nabi S.A.W bersabda “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau menyukai keampunan maka ampunkanlah daku” (Riwayat At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Sidik @ Alamini.net
26 Ramadhan 1431 H

Categories
Aktiviti

Hari Raya 1430H

Salam Idulfitri 1430H

raya 2009

Berdiri dari kiri : Athira, Sidik, Alif, Zahan, Nabil,Dia, Bila, fathin, Tina, Aizat, Najib, Aiman, Amin, Hj Nasir, Syafiq, Zainal

Tengah dari kiri: Ramlan, Rosnah, Hashim, Hjzailani, Hjh Supiatun, Hjh Hasimah, Ramlah, Roslin, Maisarah

Duduk & Baring dari kiri :Ain, Shikim, Muadz, Aqila, Nuha, Aishah, Aimi, Umar, Alya, Hanni, Hanna, Arif, A Muhaimin,Syahmi, Khanifah, Hannani

Tengah tangkap gambar : Atiqah

Tak sempat jumpa 3 family – Kamil, Hanif & Ismail Zailani. insya-Allah lain masa kita akan berjumpa lagi..

Posing Muadz di Pagi Raya…

nangis bergaya

Categories
Anak-anak Sidik

Raya..

Syawal dah nak habis, nanti aku upload gambar-gambar raya sikit-sikit insya-Allah.

Identiti anak-anak sidik, mewarisi mulut M abah mereka, hehehe.. (mulut M gelaran yang kang Ram bagi sebab masa kecik aku tangkap gambar mulut tutup je tak senyum..).

Umar pada hari raye

muadz raye

Yang ni salah seorang kakak sepupu umar..

siti najma hanni bt zainal abidin

[nggallery id=1]