Sidik.Org Pelbagai Alhamdulillah, konvo juga akhirnya aku :x

Alhamdulillah, konvo juga akhirnya aku :x

[b]Sabtu, 3 Sya’ban 1425 h[/b]
[i]0920[/i]: Berangkat dari rumah, meninggalkan kampung halaman tercinta bersama mak & bapak

[i]1000[/i]: Singgah sebentar di sungai besar, sarapan nasi lemak, meneruskan perjalanan ikut ‘jalan dalam’, jalan sawah, jadi tak perlu la nak menempuh jalan Sungai Besar – Tanjung Karang yang ‘cantik sangat’ tu. tembus kat Ijok. hari ni bawak relax je la. terhibur gak dengar berita ikim ‘Zulkiflie Siddiq ‘(Dengan slang inggeris yang terlampau ???), heheh.

[i]1200[/i]: Sampai Kepong, hallamak, jalan masuk MRR2 tutup plak, kan ade ‘keretakan’ pada tiang jalan, yang masih dalam penyiasatan BPR tu . wallahu a’lam, tu la jadinya kalo banyak guna ‘org dalam’ ni, putar alam punya kontraktor & orang y bagi kontrak tu. jadi terpaksa la masuk ke Jalan Ipoh & Pusat Bandaraya, sepatutnya pegi Jalan Ampang terus, tapi aku masuk jalan Pahang, saje nak jalan² tengok Tempat Praktikal hari tu, Jamal, Amin & Partners

[i]1340[/i]: Masuk jalan Ampang, cuaca agak panas..Berpeluh juga kat dalam tu, dengan Air Cond yang sudah kehabisan gas. Manusia² balik kerja, jadi situasi biasa la, traffic jam..

[i]1404[/i]: Sampai ke rumah kak ipah, Alhamdulillah. Baby, Siti Hanna Nadrah baru bangun tido,cubit jap tapi tak nangis plak budak tu, abangnye, si Zainul Arif tengah main sorang². solat zuhr+asar..tido jap..zzz

[i]1600[/i]: Pegi UPM, nak tengok budak-budak yang konvo petang ni cadangnye, sampai kat Pandan Indah, hujan pun turun dengan lebatnye, best gak meredah hujan ni. takpe, ade bumbung..alhamdulillah :p

[i]1700[/i]: Sampai KTP, naik pegi bilik arif jap ajak diorang pegi dewan. arif pegi dengan diqi. parking kat jalan depan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, selamba je la. Hari ni pak guard tak kisah.kat depan panggung percubaan tu ade gerai jual bunga-bungaan,hujan renyai², nampak si kimi tengah menjual bunga, hehehe.takpe jual bunga, jangan jual minyak. nampak si Labu (Mior Musa), dia konvo hari ni, tolong tangkapkan gambar jap, tatau jadi ke tak. lepas tu pegi tepi dewan, nampak barox & hadi. baru tengah menunggu, tahniah!.. jalan2 lagi, nampak Jo..lepas tu jalan² lagi, ler mane lagi, ramai dah balik bebudak ni. ye la kan, petang2 ni, hujan lagi,belum solat asar, tu yang ramai balik. gambar².lepas tu nampak la sorang budak tu ..ops (takleh diceritakan kepada orang awam, hal peribadi, hehehe)

[i]1903[/i]: dah nak maghrib ni, tapi takpe, aku ade kemudahan . rukhshah..mase balik Ampang, jalan agak gelap, aku tak biasa memandu malam² ni..sampai sana mak,bapak, kak ipah & a.zainal tengah bersiap nak pegi rumah kamil.aku pun join la, ta’khirkan solat maghrib kepada isya’. sampe rumah kamil yang kat tingkat 4 tu,exercise naik tangga. mak mertua dia ada kat sane, ye la kak aini ‘due date’ dia dalam seminggu ni insyaAllah, bertambah lagi sorang anak sedara aku nanti.

[i]2130[/i]: Mate pun dah mengantuk, lepas makan-makan, salam-salam, balik rumah kak ipah. mandi, seterika baju (minta tolong kak ipah seterikakan hood, aku seterika tak licin gak kenapa ntah ???),solat..tidoo zzz

[b]Ahad. 4 Sya’ban 1425 h[/b]
[i]0614[/i]: Bangun di awal pagi (Awal ke ?). mandi, solat subuh.

[i]0703[/i]: Makan sandwich yang kak ipah buat, seketul. minum teh, bersiap-siap pakai tie yang aku pinjam dari kamil, blazer RM40 yang beli dari haji mokhtar minggu lepas, ‘kasut skolah izzuddin’ aku beli kemarin (plastik pun plastik takpe la janji kilat, heheh). ok hayya bena,let’s go to UPM. jalan clear je hari ni, hari ahad, memang la..pekerja² ofis ramai yang berehat menikmati cuti kat umah. jam 0738 sampai di UPM, aku masuk ikut pintu belakang. saje la nak jalan-jalan jap menikmati pemandangan indah kat UPM ni, parking kat Gazebo. dekat sket dengan dewan, takyah la mak & bapak nak jalan jauh². baru beberapa langkah berjalan, eh baru aku tersedar aku sedang menyarungkan kasut yang dah berusia 2 tahun, dah rupa kasut kebun dah.hehheh.balik kat kereta semula, amik ‘kasut sekolah izzuddin’ aku tu. nampak budak-budak tengah berbaris,mak&bapak pegi tempat ibu bapa, aku pun masuk baris..nampak kat situ, mustakim, saufi & bebudak lain rajoo, azidah, binuwil, najib etc, aku tak kenal sangat dengan diorang ni, dulu satu kelas masa current issue.sikit je budak akaun, belas-belas je.tepat jam 0800 kami pun berbaris la masuk ke dalam dewan, diiringi muzik pancaragam yang telah direkodkan (Macam lagu Shin Ra kat game Final Fantasy VII je).mase masuk tu sempat la tengok muke kat skrin jap. :p aku duduk sebelah mustakim & rajoo. Lepas tu upacara pun bermula, perarakan pegawai akademik. nampak Dr.ali ade kat situ. perarakan masuk pro canselor, dan perarakan besar senat-senat dan dekan-dekan. lepas tu ucapan pro canselor, bebudak pun berbaris naik mengambil Fail Kosong. laki & pompuan semua dia salam, astaghfirullah. kan elok kalo yang pompuan tu takyah salam @ pakai sarung tangan ke. background muzik tradisional, gamelan, instrumental. ok la, berbanding mase aku pegi konvo k.anip kat UKM hari tu, ade ke patut mase tengah amik ijazah, muzik latar dia, pancaragam ??? siap dengan drum, trompet, etc.. tak seswai betul la. pagi ni yang konvo ramai budak-budak (budak ke?) PJJ & Executive. kursus paling ramai pagi ni Bacelor Komunikasi. Bacelor Akaun second last naik pentas, sebelas orang je, dalam pukul 1030 gitu. aku pun mengikuti la langkah-langkah yang ditunjukkan di skrin sebelum ni. mase naik, berhenti di tanda pangkah, etc etc..tunduk sket, salam, thank you, kepit fail, jalan, tengok kamera B-) duduk. lepas tu habis, ucapan graduan, ok gak ucapan mamat tu. tepukan gemuruh, Lagu putra gemilang, lagu negaraku, penangguhan konvo.keluar..heheh, maleh la nak menerangkan, guna point cukup la.

[i]1050[/i]: Keluar dewan, carik mak & bapak, cium tangan. lepas tu pegi la khemah tu, nak perkenalkan mak & bapak dengan seseorang, dapat jambangan bunga @};– terima kasih teman :x. ( Waa yang ni pun mane bleh cerita kat orang ramai – B-)), ringkasnye gambar-gambar sket, nampak bebudak KTP, arif, diqi, wei, din, isey, mail. gambar-gambar lagi. telepon kamil, baru nak pegi rupenye. ye la ingatkan habis pukul 1200 rupenye habis awal. kang anip mesej..mabruk! nantaziru fi masjid UPM. kat masji rupenye kang anip.takpe la, nanti pegi sana. kamil pun sampai, dengan k.ain & mak mertua kamil. kesian diorang jalan jauh, sebab parking kat padang kawad tu. lepas tu, pegi la ke masjid UPM. aku tumpangkan k.ain & mak dia g sana, sebab nak berjalan ke kereta kamil kang jauh lak. Pegi beli makanan jap kat Padang, agak sibuk juga jalan kat situ. beli nasik 9 bungkus, lauk pauk. air mineral. g UPM, berkelah la kat tepi tasik tu. UPM ni memang banyak tempat perkelahan yang best. Solat zuhr&asar. salam-salam, pegi rumah Kang Il. kat LDP tu hujan lebatnye, MasyaAllah. sampai tak nampak jalan. lampu brek belakang sebelah je yang hidup. So kereta pun dibawa dengan perlahan saje. Sampai rumah kang Il hujan lagi. adam datang bawak payung.

Begitulah ceritanya B-)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

24 September24 September

InsyaAllah, pada 24 september 2005/20 Sya’ban 1426 sidik al amini akan mengikat tali pertunangan dengan nor ashikim @};–@};– moga segalanya dipermudahkan, dan perhubungan kami sentiasa terjaga di dalam perlindungan &