Hari rabu petang, aku ke Permata Bangi,malam tido kat Permata Bangi, khamis pagi tu ade seminar FRS update. petang tu aku follow membe sorang tu ke KL, name ali, budak PDB . 1st dulu aku jumpa masa course accounting framework 3 minggu lepas, sembang punye sembang, last2 baru tau dia senior SMAPK aku setaun, heheh,aku masuk form four mase tu tak berapa kenal budak2 form five, patut la macam familiar je.memang malaysia ni kecik je..
Malam tu lepak kat nikko hotel, quite nice, tapi kewujudan beberapa botol cecair haram dlm fridge menghilangkan rasa ke”best”an aku :(. pagi tadi, ade conference on Good & Service Tax yang akan diimplement pada 1 Januari 2007, biase la pelaksanaan bende baru ni akan menyebabkan banyak keje2.
solat jumaat tadi aku jumpe shahrul, coursemate UPM & dorm mate mase matrik dulu. masing2 ada kehidupan yang perlu diteruskan. yang penting matlamat hanya satu, mencari Keredhaan Allah di dunia& akhirat.
* kepada budak2 skolah,jgn gunakan ayat2 seperti di atas di dalam karangan Bahasa Melayu anda 🙂