Sidik.Org Pelbagai Cemerlang 2

Cemerlang 2

Jebat 1-918
5 Ramadhan 1445
1950 bHRS Pulang dari Ar-Raudhah, setelah selesai solat tarawikh berjemaah, Nadia mencapai Naskhah Al-Quran kesayangannya. Tanpa berlengah, dia memulakan tedarus Al-Quran yang sudah masuk juzu’ ke-5 hari ini beserta dengan tafsirannya. Selesai segalanya Nadia melangkah ke meja tulisnya. Lantas jari-jemarinya pantas mencapai sesuatu dalam komputer peribadinya. Memang itu adalah rutin hariannya, mencatat sesuatu yang berlaku hari ini untuk menjadi kenangan bagi hari mendatang.

Senyuman manis terukir di bibir tatkala mengingatkan kenangan kali pertama menjejakkan kaki ke Kolej Tun Perak. Terasa segalanya terlalu cepat berlalu. Nadia bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik dan bijak. Alif, Anis, Fasiha dan Aman. Aman!! Entah bagaimana pertemuan yang disangka mainan tidur menjadi kenyataan di kolej yang penuh kedamaian ini. Pertemuan yang penuh misteri. Segalanya seperti telah diatur. Aman!! Entah mengapa nama itu seringkali meniti bibirnya kala ini.

Jebat 1-918
10 Ramadhan 1445
0030 HRS

“Nadia, Aman meminta izin untuk berbual” Pembantu digital Nadia bersuara mengejutkan Nadia yang sedang mengelamun.
“Assalalamualaikum Nadia. Maaf saya mengganggu awak malam-malam ni. Saya cuma nak ingatkan awak tentang presentation esok. Awak dah ready ke?”
“Waalaikumussalam Aman, ooo tentang presentation tu Alhamdulillah, setakat ni saya dah buat preparation. Itupun saya ikut guideline yang kita discuss dulu. Janganlah awak risau wahai tuan pengarah. Insya-Allah kita akan dapat markah yang terbaik. Moga-moga usaha kita diberkati Allah s.w.t”
“Insya-Allah, saya pun berharap begitu juga. Ingat, esok ada 10 pasang mata akan menyaksikan dan menilai presentation kita. Tapi anggap je mereka macam kita. Kita dah berusaha, sekarang segalanya kita serahkan kepada Allah. Ok la. Selamat Malam. Have a nice dream. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Selamat malam juga, jangan lupa baca doa tido tau” Nadia mengusik

Tuah 4-720
11 Ramadhan 1445
0230 HRS

Entah mengapa mata Aman dirasakan sukar untuk ditutup. Puas dipujuk mata itu agar tidur, namun usaha itu hanya menemui kebuntuan. Dia pun tak pasti apa yang difikirkannya. Tentang tugasan? Bukan.. baru siang tadi segalanya selesai. Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Mujur ada teman-teman yang membantu. Moga kami beroleh keputusan yang cemerlang.
Nadia?? Ya, Nadia. Sesuatu yang disangka suatu fantasi dua tahun yang lepas menjadi realiti. Adakah Nadia rasa apa yang aku rasa? Tak pasti… Pertemuan yang diatur oleh Allah.
Sedikit sebanyak bayangan gadis itu mengganggu gugat hati dan perasaannya kala ini. Nadia Amira, namanya seindah pemilik. Aman tersenyum sendiri, Haruskah aku??.. Astaghfirullah, Jauhnya aku berangan. Aku kena tidur awal ni, Besok nak bangun sahur la, Bismikallahumma ahya waamuut’..

Tuah 4-720
24 Ramadhan 1445
11 HRS

“Aman,.. Nadia, Alif, Anis dan Fasiha meminta izin untuk perbincangan”
“Assalamualaikum Aman, Ha.. Apasal awak suruh kami berkumpul. Kita punya tugasan dah habis kan. Saya banyak kerja ni. Nak Berkemas. Esok saya nak balik kampung, Sambut hari raya dengan family” Kata Fasiha
memulakan.
“ Apa la awak ni Fasiha. Puasa pun tak cukup lagi dah excited nak balik beraya. Sabar la sikit. Mungkin ada perkara penting Aman nak beritahu tu, Lagipun bukannya kita berkumpul di mana-mana pun, semua duduk dalam bilik masing-masing je.Hanya bertemu di alam maya” sambut Alif Bersahaja. Fasiha Terkedu.
“ Maaf la kalau saya menyusahkan kamu semua. Mungkin perkara ni tak penting sangat bagi kamu semua. Tapi saya sebagai ketua sepanjang kita selesaikan tugasan tu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas kerjasama yang diberikan. Selain tu saya nak ucapkan selamat pulang ke kampung dan selamat menyambut hari raya, Terutamanya buat Fasiha yang excited sangat tu. Maafla kalau sepanjang perkenalan kita, saya ada buat salah. Maaf ye. Sampaikan salam saya kepada ibu bapa & family kamu semua nanti”
“Ooo pasal tu. Sorry la Aman ye… Saya pun sama. Nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin, nanti kalau dapat duit raya, lebih-lebih tu ingat-ingatla member” Kata Fasiha.
“Saya pun nak ucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri. Maafkan segala kesalahan saya sama ada yang disedari atau tak” kata Anis dan Alif menggunakan ayat yang sama namun suara dan intonasi yang berbeza.
“ Nadia, awak takde apa-apa nak cakap ke?” tanya Aman setelah sekian lama menunggu Nadia untuk memulakan bicara ”Berangan agaknya budak ni.” Aman menafsir sendiri.
“Emm saya pun sama seperti kawan-kawan yang lain. Cuma nak ucapkan Selamat Hari Raya. Mohon Maaf kalau ada perlakuan yang menjadi kesalahan. Semoga berlalunya Ramadhan dan menjelmanya Syawal ini dapat memperkemaskan diri kita sebagai hamba Allah”

Sungai Ramal Dalam, Kajang
1 Syawal 1445
0600 HRS

Teringat kembali kata-kata yang terpapar di skrin komputernya membuatkan hatinya gundah, Luahan hati yang ikhlas dari seorang lelaki. Apa yang harus kukatakan saat ini. Gembira? Sedih? Geram ? Terharu? Entahlah…
Apa pula kata-kata yang akan ku catatkan untuk tatapan Aman selepas cuti Aidilfitri nanti. Apa-apapun aku harus mengolah kata-kata yang bisa merangkaikan segalanya. Betapa besarnya kuasa Mu Tuhan. Bisa menjadikan segala-galanya dalam sekelip mata. Berikan aku sedikit ketenangan ya Allah, Aku redha dengan Qada’ dan Qadar-Mu kerana hanya Tuhan yang Tahu.

Tuah 4-720
11 Syawal 1445
1200 HRS

Terima kasih wahai teman
Kerana hadirmu membawa
Satu sinar dalam hidupku
Terima kasih teman
Kerana mendorongku menjadi insan solehah
Terima kasih teman
Kerana menyedarkan aku
Tentang siapa diriku
Aku sedar wahai teman
Aku bukanlah Ainul Mardhiyyah
Bukan juga Sumayyah atau Siti Aisyah
Bukan juga Rabiatul Adawiyyah
Apatah lagi Siti Khadijah
Isteri kesayangan Rasulullah
Aku sedar wahai teman
Aku bukanlah seorang insan
Sebaik manusia yang bisa
Menjadi Teladan kepada dunia
Namun yang kuharap
Adalah seorang teman yang setia
Yang sudi seiringan membimbingku
Menuju negeri yang kekal abadi
Anadai itu sudi kau lakukan
Ku harap kau sudi menerimaku
dengan seadanya
kerana apa yang kuharap kini dan selamanya
Hanyalah redha Allah
Semoga kita sentiasa dalam redha ilahi
Semoga bersama kita kan dirahmati

Aman terkesima, Membisu seribu bahasa, Bibirnya menguntum senyuman. Ya Allah.. Aku pasrahkan segalanya. Semoga perasaanku ini berpunca dari hati yang Ikhlas. Mencintai insan yang mencintai-Mu. Bisiknya Perlahan.

-kim-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Umar, apeku (Apa tu?)

SepetangSepetang

Sepetang di pinggir rumah bersama umar dan muadz, sementara menunggu ibu mereka pulang dari bekerja. Related posts: Kesihatan & Kesakitan ujian Tuhan Anak-anak dah sihat Alhamdulillah Alhamdulillah..Kami Dapat Menantu KLIBF