Sidik.Org Ingatan,Isu Semasa Depa (Kami?) ni tak takut neraka ka?

Depa (Kami?) ni tak takut neraka ka?

http://www.siteman.wustl.edu/CancerDetails.aspx?id=788&xml=CDR62802.xml

Neraka apakah yang terjadi dalam negeri ini?

Kami takut dimasukkan dalam api neraka.

Bayangkan :

http://www.siteman.wustl.edu/CancerDetails.aspx?id=788&xml=CDR62802.xml

http://www.siteman.wustl.edu/CancerDetails.aspx?id=788&xml=CDR62802.xml

Kulit dibakar dengan api yang panasnya berbilion kali ganda api memasak,  lalu kulit tersebut hangus cair bersama otot dan lemak-lemak sampai tinggal tulang-temulang, dalam keadaan reseptor deria dimaksimumkan kepekaannya, lalu ditumbuhkan balik kulit-kulit baru supaya reseptor-reseptor deria merasai kepanasan tersebut terus-menerus.

Saiz tubuh badan dibesarkan supaya keluasan permukaan kulit berganda-ganda dan merasai lebih banyak kesakitan

Hidung menyedut asap yang amat busuk dan membahang panas.

Mulut menelan air panas yang hanyir sampai gugur organ-organ dalaman.

badan dicangkuk dengan besi panas dan digantung di tiang-tiang berduri.

Ular dan kala jengking berbisa menyengat hingga kesakitannya menusuk.

Bila kita membayangkan perkara tersebut dalam otak, kita akan dapat satu bayangan yang dahsyat, tapi hakikatnya bayangan yang kita fikirkan tu sedikit pun tak sama dengan hakikat sebenar di neraka,  hakikat sebenarnya Allah sahaja yang tahu bagaimana kedahsyatannya yang tak mampu difikir oleh akal manusia.. Aku takut, aku mengharap pengampunan Allah dari semua seksa tersebut..

Mari fahami terjemahan surah al-Humazah berikut (sila rujuk tafsir):

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.  Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -Yang naik menjulang ke hati;  Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. – Al-humazah 104:1- 9″ (http://quran.com/104)

Bila berkata “mereka”, jangan membayangkan mereka itu orang lain, tanya diri kita sendiri  adakah kita tergolong dalam golongan “mereka” yang dimaksudkan.. Ya Allah, jangan masukkan kami dalam golongan yang dirujuk sebagai “mereka” dalam surah Al-Humazah ini..maafkanlah kami, ampunkanlah kami, kasihanilah kami..amiin

Seberang Jaya (6/4/2011)

2 thoughts on “Depa (Kami?) ni tak takut neraka ka?”

  1. Sayalah mereka tu. Astaghfirullahaladhim.
    Ya Allah,jauhilah aku dari bala akibat kealpaan ku,Terimalah taubatku sebelum mati,berilah rahmat semasa sakaratulmaut,berilah keampunan selepas mati.
    Aeen.

  2. semoga kita dilindungi dan jauhi daripada neraka Allah.. terima kasih atas penyubur iman ini.. teruskan menulis saudara.. saya yg tak mampu menulis dlm bidang agama ini mmg mengharapkan bahan yg bermutu utk saya baca..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post