Sidik.Org Pelbagai Esok nak hantar mak & Bapak

Esok nak hantar mak & Bapak

Esok (Sabtu) Pagi2, aku nak hantar mak & bapak ke KLIA, Kak Lalah & Kakak pun pegi sekali. dua minggu kat rumah, camne la aku nak menghadapi 😮 , takpe, insya-Allah, buleh berdikari. masak sendiri la, aku nak belajar memasak betul2 kali ni. boleh ekseperimen macam2 :p

Setahun yang lepas aku sambut kedatangan ramadhan di Makkatul Mukarramah, tahun ni insya-Allah di tanah air sendiri

Ramadhan seminggu je lagi, rindunya aku padamu Ramadhan.

Aku menjejenguk di pintu
Sinar mentari memberitahu
Wahai sang penanti,
kekasihmu akan tiba
Wahai sang penunggu setia
(bukan antu penunggu)
Bergembiralah..
sambutlah buah hatimu itu..

Sore itu ku lihat di ufuk barat
Rembulan Sya’ban semakin tua
Menghitung hari
Untuk Mengucapkan
Ilal Liqa’..
sampai ketemu lagi tahun depan

Duhai Ramadhan Al-Mubarak
Setelah Pemergianmu
Setahun terasa bagaikan seribu
ku nanti kehadiranmu
Selamat kembali kekasih
Selamat kembali kekasih
Bawa Barakah berganda
Bawa Rahmat
Bawa Magfirah-Nya
Bawa Pemebasan Api Neraka
Bawa Malam Qadar bersamamu

Ya Allah, panjangkan umurku
Supaya dapat kutemui
Kekasih yang selama ini
Kunanti -nanti
Kutunggu-tunggu
Moga dapat aku menyambutnya
Dengan layanan terbaik
Sepanjang hayatku
Selama ini..

ya-Rabb..Ampunkan dosaku
Amiin

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

24 September24 September

InsyaAllah, pada 24 september 2005/20 Sya’ban 1426 sidik al amini akan mengikat tali pertunangan dengan nor ashikim @};–@};– moga segalanya dipermudahkan, dan perhubungan kami sentiasa terjaga di dalam perlindungan &

Budaya SensasiBudaya Sensasi

Mungkin kita biasa dengan berada dalam situasi ini. 1) Jalan empat lorong, kesesakan jalan raya berlaku dan pemandu tertanya-tanya apakah yang menyebabkan jalan raya sesak. Bila sampai, rupa-rupanya ada motokar