Sidik.Org Aktiviti,Ingatan,Keluarga Kisah Beg Pinggang

Kisah Beg Pinggang

gambar ditangkap dengan kamera yang hampir hilang

Hari Ini, dalam satu mesyuarat panjang anjuran sebuah jabatan kerajaan

Aku hadir sebagai wakil kepada pengurus di pejabat syarikat. Tiba-tiba aku terlihat di dalam senarai nama hadirin, ada nama yang macam pernah kudengar nama itu, wakil kepada sebuah syarikat lain. Lalu aku tanya Mr M di sebelah, yang tu nama dia Encik S ye? MR M, ha’ah baik dia tu, kawan lama aku. Aku: ooo, aku rasa macam kenal lah dia tu, ada sejarah lama..

Hari itu, beberapa hari selepas majlis pernikahan.
Di dalam perjalanan bersama isteri bercuti ke sebuah pulau di pantai timur, kami singgah sebentar solat zuhur dan asar di masjid Pulau Kerengga, Marang.

Sampai ke merang hampir jam 8 malam, kami berhenti sebentar di sebuah warung untuk membeli makanan. Tiba-tiba, aku sedar yang beg pinggang tempat aku meletak beg duit isteri dan kamera tiada di dalam kereta. Mujurlah beg duit sendiri yang aku letak dalam poket ada lagi. Lalu aku pun teringat bahawa tadi semasa singgah solat asar di masjid, aku meletakkan beg tersebut di satu tempat, dan aku lupa mengambilnya. Lalu kami pun u-turn beberapa puluh kilometer ke belakang, menuju ke masjid tadi.

Sesampainya di sana, jemaah telah selesai solat isyak. Seperti sudah dapat dirasa, barang tersebut sudah tiada di sana. Lalu aku pun pergi bertanya kepada seorang jemaah yang hadir. A”ssalamualaikum..Pakcik, saya nak tanya, ada tak orang terjumpa barang kat masjid tadi? barang saya tertinggal” , Pakcik: Entah lah tak dok pulak, cuba tanya pakcik sebelah tu. Selepas tu, semua pertanyaan kepada mereka yang ada di situ dijawab hampa.

Lalu kami pun menuju balai polis berhampiran untuk bertanya sekiranya ada orang jujur menyerahkan (mengharapkan suasana macam cerita dalam buku), tapi harapan tinggal harapan. Lalu kami pun membuat laporan polis berkenaan kehilangan barang tersebut.

Bermacam-macam perasaan berlegar di fikiran, dengan kamera anak saudara yang aku pinjam, duit persatuan yang aku bawa ke hulu ke hilir kerana tiada tempat menyimpan, beg duit isteri dan barang-barang lain-lainnya, mungkin percutian kami akan menjadi hambar.. Lalu akhirnya kami bertawakkal dan berdoa sambil menyelusuri jalan-jalan di Kuala Terengganu untuk mencari bank. Sekiranya Allah menetapkan masih rezeki kami, adalah barang-barang tersebut nanti..tawakkalna ‘Alallaah..

Tiba-tiba telefon bimbit isteri berdering, pemanggil menyatakan bahawa dia menjumpai sebuah beg pinggang masa singgah di masjid tadi, dan di dalamnya ada sebuah resit pembelian alat elektrik yang terdapat nombor telefon pelanggan, iaitu nombor telefon isteriku. Beliau dan isterinya menginap di sebuah hotel di Kuala Terengganu, dan meminta kami mengambilnya..Alhamdulillah, lalu kami dengan penuh syukur pergi ke hotel tempat Encik tersebut menginap, tanpa sebarang perasaan wasangka. Setelah memberi salam, kami pun mengenalkan diri. Encik S bertanya beberapa soalan bagi memastikan memang kami tuan empunya barang-barang tersebut.

Menurutnya, beliau dan isteri sedang dalam perjalanan untuk outstation di Kuala Terengganu, semasa singgah di masjid berkenaan, beliau terjumpa barang tersebut dan mengambilnya kerana sekiranya ditinggalkan, nanti mungkin ada manusia yang kurang bertanggungjawab akan “mengebasnya”. Sekiranya diserahkan kepada pihak polis, dikhuatiri ada segelintir yang kurang beramanah. Maklumlah, Tunai. Alhamdulillah, Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Akhirnya kami sampai ke tempat kami hendak menginap di Merang tepat jam 12 malam dalam kelaparan, tetapi di dalam hati, penuh kesyukuran. Allah baru tarik sekejap sahaja barang-barang berharga, hati dah menggelabah. Moga Allah menetapkan keimanan kami semua..

gambar ditangkap dengan kamera yang hampir hilang

gambar ditangkap dengan kamera yang hampir hilang

Dan selepas peristiwa itu, aku cuba sedaya-upaya untuk menahan geram, bila isteri mengingatkan sama ada aku sudah membawa beg duit, dan telefon bimbit setiap kali keluar rumah.hehe..

Hari Ini, selepas tamat mesyuarat yang lama.

Aku bersalam dengan Encik S,

Aku :Assalamualaikum, Encik S ingat saya lagi tak, tahun 2006, encik pernah terjumpa barang2 saya..
Mr M: Itulah tadi sidik cakap ko pernah jumpa wallet dia dulu
Encik S : Waalaikumussalam, Oh Ingat, yang saya jumpa kat masjid hari tu kan..masa tu saya pi terengganu. apa habaq
Aku : Heheh,alhamdulillah.. itulah.. dah 4 tahun dah..terima kasihlah banyak-banyak En S…

dan business card bertukar tangan, supaya dapat sentiasa berhubung.

Pengajaran :

1) Sentiasa pastikan semua barang-barang penting ada semasa hendak memulakan perjalanan.

2) Tawakkal – setelah segala usaha telah dilakukan, berserahlah kepada Allah.

3) Persaudaraan sesama Muslim mesti sentiasa dijaga agar tidak terputus.

4) Wajib menjaga amanah.

3 thoughts on “Kisah Beg Pinggang”

  1. 5)Abu Umammah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda: ”Orang yang lebih dekat kepada Allah SWT adalah yang lebih dahulu memberi Salam.” (Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Lir Ilir..Lir Ilir..

karya sunan kalijaga: Lir-ilir, lir-ilir tandure wis sumilir Tak ijo royo-royo tak senggo temanten anyar Cah angon-cah angon penekno blimbing kuwi Lunyu-lunyu yo penekno kanggo mbasuh dodotiro Dodotiro-dodotiro kumitir bedhah