Sidik.Org Ingatan,Isu Semasa Masjidil Aqsa yang ku cintai

Masjidil Aqsa yang ku cintai

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, salawat & salam untuk Rasulullah SAW,ahli keluarga & sahabat² baginda.

Beberapa hari yang lepas adalah 27 Rejab, hari di mana kebanyakan ulama’ berpendapat adalah tarikh nabi menjalani peristiwa Isra’ & mi’raj.

Isra’ dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian mi’raj ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa tersebut telah menguji keimanan umat Islam pada masa tersebut, kemudian Saidina Abu Bakr As-Siddiq r.a. tanpa ragu dengan keimanan yang kukuh membenarkan apa yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w

Peristiwa tersebut membuktikan betapa sucinya masjidil Aqsa, yang sekarang ini sedang dirobek2 tanah di bawahnya oleh golongan yahudi laknatullah, kononnya untuk mencari lokasi temple of solomon. lalu kita sebagai umat Islam, sedarlah dari lena, bersatu dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah. Berdoalah sentiasa supaya Allah membantu umat Islam dari kezaliman dan Penindasan.. semoga Islam akan kembali subur di muka bumi ini membawa kedamaian dan kesejahteraan.. amiin

Sedikit info dari ceramah mengenali Al-Aqsa oleh ustaz Irfan dari Kuktem:

Mengikut kajian beliau seluruh kawasan berdinding batu berbentuk segi empat di mana terletaknya kubah batu & masjid qiblati adalah kawasan Masjid al-Aqsa.

Maka kenyataan yang menyatakan “hanya masjid qiblati (yang dikenali sebagai jami’ al-Aqsa di kalangan penduduk setempat) adalah masjid al-aqsa manakala dome of the rock (kubbatus sakhr) bukan al-aqsa” adalah kurang tepat.

Kedua-duanya adalah sebahagian daripada masjidil al-aqsa, tempat suci umat Islam yang wajib dipertahankan. Ini termasuk pokok² serta kawasan yang ada di dalam kawasan tersebut. (lihat gambar)

Di kawasan tersebut, kebiasaannya kaum lelaki solat di hadapan kubah batu sehingga ke masjid qiblati yang terletak di selatan (di palestin arah ka’abah /qiblat adalah selatan), dan kaum wanita solat di kawasan belakangnya di utara).

Ya Allah, Moga satu hari nanti aku dapat mengunjungi al-aqsa dengan tenteram, amiin.

wallahua’lam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post