Sidik.Org Pelbagai Pendapat seorang ‘ustazah’ yang mengelirukan

Pendapat seorang ‘ustazah’ yang mengelirukan

Perhatikan soal jawab agama di bawah:-

[b]Jual diri kerana terdesak[/b]

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.
Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.
Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?
Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?
Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.
Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.
Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.
Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.
Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.
Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.
Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.
Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

(Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri)

soal jawab ini disiarkan dalam Metro Ahad, 19/6/2005 .

——————————–

persoalannya, adakah keadaan di Malaysia begitu “darurat” sehingga mendesak rakyatnya melacur untuk mencari makanan ? ? ?. amat menyedihkan kerana pendapat ini keluar daripada seorang ustazah yang kemudiannya bergelar sebagai dato’ sejak penglibatannya dalam politik..

Baru je aku baca dalam majalah I isu julai 2005, tulisan oleh ustaz asri mengenai “Bahaya Penceramah”.

Penceramah “bahaya” yang dimaksudkan ialah antaranya penceramah yang tidak mempunyai pengetahuan tentang hukum tetapi memandai2 mengistinbatkan hukum, menyebut hadis tanpa melihat kesahihannya dari sudut sanad & matan. selain dari tu, mereka yang suka memasukkan kisah2 dogeng israilliyat & hadis2 palsu untuk “mencantikkan” lagi ceramah mereka supaya orang2 yang jahil melopong mendengar “kehebatan” ceramah yang disampaikan.Untuk mendapat redha manusia, redha Allah ditolak tepi ?

secara tak sedar, orang2 camni la yang cuba merosakkan Islam..na’uzubillahi min zaalik..oleh tu kawan2, bila kita dengar sesuatu @ terima sesuatu bahan bacaan, jangan la terus percaya, selidiki dahulu.. wallahua’lam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post