Sidik.Org Ingatan,Isu Semasa Pesanan Buat Saudariku

Pesanan Buat Saudariku

Artikel Ini diambil dari e-mail² forward. Penulis asal tak dapat dikesan.

“Saudariku…..
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya,
hayati
maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya.
Jadikanlah
pesananku ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu,
untuk
muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah. Insya
Allah….

Saudariku….
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam
yang
bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang
kumbang
untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh
sang
kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta
kilauan
warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang
kumbang. Tapi
awas, duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Saudariku…..
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid.
Bentengilah
dirimu dengan perasaan malu yang
bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.

Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri
seorang
wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat
kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan
sesuatu yang
terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum
dengan
permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya
keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada
yang
terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada
Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap
insan
yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah
yang
tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang
dalam
dirimu, lebih-lebih lagi dengan title gadis yang kau miliki. Sudah
pastinya
darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada …

Namun ingatlah saudariku….
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka
Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang penting
gadisku…
engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah.

Saudariku…..
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.
Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari
tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu.

Sesungguhnya
Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu :

” Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela
selepas
wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada
wanita”….

Oleh itu saudariku…..
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain
mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum
Adam. Kau
harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa
menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku…
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah
semulajadi
setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.

Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah. Kerana cinta
manusia
sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad
serta
keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.
Benarlah
sabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya cinta itu buta”

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara
yang hak
dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan
tidak
kerana Allah SWT.

Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Mengkaji
hakikat
kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang
tak
berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh
Allah. Semoga
disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.

Saudariku…
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta
yang
hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan
kepada
makhluk pastinya akan bertambah
retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah
pasti ia
akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan
akal
dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan
ilmu
tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul
Adawiah
sebagai renungan bersama :

“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk
seseorang
insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan
seorang
itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu
cinta pun
yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi
kecuali cinta
kepada pencipta manusia sendiri.”

“ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT
PERKAHWINANNYA,
CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA.”

Wallahua’lam…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Salam Idul fitriSalam Idul fitri

Salam idul fitri kepada semua Muslimin & Muslimat. Insya-Allah tahun ni raya kat Perak dulu..Idul fitri pertama al-faruq. Berhati-hati di jalan raya, sama2 kita berdoa moga Allah sentiasa memelihara kita..ameen.