Ratuku

Ratuku
Ingin kuluahkan
apa yang sudah lama ingin kuluahkan,
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah

Ratuku
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila kudengar
Dengungan Kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu

Ratuku
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila kumelihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga yang gugur
bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku
Bukanlah kuharap kau segigih siti hajar
yang berlari-lari antara safa dan marwa
Bukan juga Sesetia Ainul mardhiyah
Menanti Kekasih di Pintu Syurga

Kerana
aku tidak layak berharap sedimikian rupa

Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku
Esok Musim Bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum lega
Kerana akan kutemui
Ratu yang benar-benar ratu

gempita_x,zairi,ariff

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Pilihanraya kampusPilihanraya kampus

hari ini pilihanraya kampus, di upm sistem secara online di mulakan.Adakah sistem ini terdedah kepada manipulasi. Wallahu a’lam. Ape pun kepada yang terpilih nanti..kepimpinan adalah satu amanah,bukan anugerah..sebelah kaki kamu