Sidik.Org Anak-anak Sidik Umar : infected with varicella zoster virus (VZV)

Umar : infected with varicella zoster virus (VZV)

Bermula khamis lepas, umar al-faruq dikesan dijangkiti demam pelentong@chicken pox.

Malam tu jumpa doktor kat Az-Zahra..

Dr Razak: Ooo ini chicken pox ni

Umar : Popok

Dr Razak : Umar jangan dekat sangat dengan adik ye,  kalau adik minum susu ibu, hopefully akan dapat anti bodi ibu.

Umar : Didi

Progress 5 hari ni menunjukkan bintik-bintik merah dah mula kering.

Takpe lah umar, sabar je. Penyakit akan membuat kita lebih kuat insyaAllah..

Teringat masa aku darjah lima, penghujung bulan puasa kak Ipah kene chicken pox dari kawan kat asrama dia, aku sebagai adik yang baik ni pun tolong la sapukan ubat, akhirnya masa nak raya, aku pulak demam. So beraya dalam ‘kegatalan’ la tahun tu, heheh..Sedih mase tu sebab first time beli baju raya “lincing”..(merujuk kain licin, aku tak tau mane mulanya istilah tu terkeluar, sebab aku & kak ipah memang banyak mencipta istilah-istilah baru, hehe)..sebelum tu baju melayu aku semua baju cotton, tu pun kak lalah yang belikan kat Teluk Intan. Masa raya aku merajuk tak nak jumpa orang, hahahaha..

Hari ahad lepas kami menerima kunjungan dari A. Yusry(Senior KTP) & isterinya Hasniza Saman (Course Mate Ashikim, budak KTP). Diorang balik dari kenduri menyambut menanti Kimi & Che We (Dua² budak KTP) di bukit setongkol. Ramai jugak pasangan-pasangan KTP ni ye.

2 3 minggu ni, kami dengan rela hati mengkuarantin diri dari berjalan2 . lagi-lagi musim hujan ni.

Umar - chicken poxmuadz-meniarap

4 thoughts on “Umar : infected with varicella zoster virus (VZV)”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Ikan..Ikan..

Muadz : Abbaaah Itan.. Abah: Ok nanti Abah lukis ikan… Umar : Abah, Ikan ape tu? Abah : Ini Clownfish.. Umar :  ..Ooo, cantik ikan clownfish Muadz padam.. Muadz :

Raya..Raya..

Syawal dah nak habis, nanti aku upload gambar-gambar raya sikit-sikit insya-Allah. Identiti anak-anak sidik, mewarisi mulut M abah mereka, hehehe.. (mulut M gelaran yang kang Ram bagi sebab masa kecik