Cuti Semester Bermula

Cuti semester (Seminggu) dah mula, ramai dah balik rumah,aku balik rumah hari ahad insya-Allah. dah lama juga tak balik. Rasa tak gemar duduk blok yang takde kemudahan asas (air). dah seminggu. Aku bayar yuran juga. Sementara nak balik ni siapkan assignment dulu. banyak juga kene selesaikan..Semoga segalanya dipermudahkan..Amiin

kepada semua pelajar UPM,selamat bercuti …jadilah anak yang soleh & solehah :)…kita jumpa lagi lepas cuti insya-Allah.

Jimatkan lah air

Air adalah salah satu nikmat yang dikurniakan Allah untuk umat manusia.Air yang molekulnya terdiri daripada 2 Hidrogen (H) dan satu oksigen (O) ->H2O adalah keperluan harian asas bagi kehidupan manusia,manusia boleh hidup lebih sebulan tanpa makanan,tapi sekiranya tidak mendapat air dalam maasa seminggu sahaja,manusia boleh menemui ajalnya.

Topik utama yang ingin diceritakan adalah masalah air yang melanda kawasan lembah kelang, khususnya di kawasan UPM,khususnya lagi di kawasan blok aku,blok jebat. hampir seminggu masalah ini berlaku.sabar je la.masa susah camni baru la nak ingat tentang pentingnya air.

Bila Hari Hujan…

**Artikel ni menarik sgt..jemputla bace..:)
Bila Hari Hujan…
Kat KL skrg ni boleh dikatakan hari2 hujan/ribut
petir/guruh kan?. Bila langit mula mendung, kekadang
terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya
“Cuaca buruk je akhir2 ni ye..”
Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila
hari hujan?
-Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
-Alahai, hujan laaagiiii
-Tiap-tiap hari hujan…susah la mcm ni
-Payah nak buat apa2 kalau hujan
-Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebel2an tu lebih baik digantikan dengan doa :

“Allahumma syaiyiban nafi’a”
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini
bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin
sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang
kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian
Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis
buah-buahan.
Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)
orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya).” (Al-A’raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit je senarai kebaikannya. Ada byk lagi.
Cuma saya terfikir, kenapa orang selalu bad mood bila hujan?

“Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je
bermuram ni..?” Mcm biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah
sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Masa kat asrama dulu, saya selalu perhatikan.
Samada Khamis petang/malam, atau Jumaat subuh/pagi sentiasa
hujan. Sebab masa tu ustazah selalu pesan, tadah air hujan
petang/malam Khamis atau Subuh/pagi Jumaat. Ustazah
sebenarnya nak suruh kami prihatin, supaya bila kami buat mcm
tu kami akan tersedar, memang benarlah Jumaat itu hari yang berkat.
Sebab itu hujan turun mengiringi kedatangannya. Sedarkah kita?

Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia.
Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa
mustajab. Skrg ni, KL tiap2 hari hujan. Tiap2 hari ada masa utk doa
menjadi
mustajab.Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia2 di saat pintu2
langit sedang terbuka?

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan
menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari
semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu
tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak) mengingatkan kita
tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita
perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu
hujan, dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan. Contoh, bila
kita makan buah epal hijau, masam.. pastu kita kata,
“Eii, masamnya buah ni!” kita kritik sapa tu?
kita tak suka epal masam tu, lain kali beli epal merah. kalau
dpt yg tak elok jugak, agaknya kita yg tak elok, sbb tu yg tak elok
tak elok mai kat kita (leh terima ke?). Ini kena ngaji bab redha,
sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan
yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;
dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”
(Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru
hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita
sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan
disimpan di bumi.

Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan
pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan)
dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah
kamu yang(berkuasa menurunkannya atau menyimpannya.” (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar utk peringatan kita.

“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan
bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu
tidaksekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” Surah Hud :123

moga ada manfaat, insya-Allah..Wallahua’lam..

Malam tadi re-union bekas² MTM

Bertempat di sate Samuri. Best gak pegi makan sate kajang,semua ada kecuali 6 orang, Zima,Zairi,Mala,Vicky,Shantini,Suria. Ade hal masing². Dah lama tak jumpa kengkawan seperjuangan. Bila jumpa terkenang balik kesah² lama. Dah begitu ketentuan-Nya setiap pertemuan akan ada perpisahan di penghujungnya. yang penting,bertemu berpisah kerana Allah. Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah..bermadah la pulak 🙂

Esok Nak Exam

Esok (sabtu 12.7.2003 9.00 am) first test specialized financial service, first test terakhir kat upm insya-Allah(Amiin) sebab subjek lain takde first test. terus final je kang, yg lain-lain projek+assignment+presentation. Semoga Allah permudahkan.

Dah lama tak balik kampung, rindu kat mak & bapak :).

Pesanan Buat Saudariku

Artikel Ini diambil dari e-mail² forward. Penulis asal tak dapat dikesan.

“Saudariku…..
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya,
hayati
maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya.
Jadikanlah
pesananku ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu,
untuk
muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah. Insya
Allah….

Saudariku….
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam
yang
bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang
kumbang
untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh
sang
kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta
kilauan
warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang
kumbang. Tapi
awas, duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Saudariku…..
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid.
Bentengilah
dirimu dengan perasaan malu yang
bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.

Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri
seorang
wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat
kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan
sesuatu yang
terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum
dengan
permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya
keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada
yang
terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada
Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap
insan
yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah
yang
tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang
dalam
dirimu, lebih-lebih lagi dengan title gadis yang kau miliki. Sudah
pastinya
darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada …

Namun ingatlah saudariku….
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka
Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang penting
gadisku…
engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah.

Saudariku…..
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.
Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari
tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu.

Sesungguhnya
Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu :

” Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela
selepas
wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada
wanita”….

Oleh itu saudariku…..
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain
mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum
Adam. Kau
harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa
menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku…
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah
semulajadi
setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.

Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah. Kerana cinta
manusia
sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad
serta
keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.
Benarlah
sabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya cinta itu buta”

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara
yang hak
dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan
tidak
kerana Allah SWT.

Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Mengkaji
hakikat
kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang
tak
berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh
Allah. Semoga
disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.

Saudariku…
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta
yang
hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan
kepada
makhluk pastinya akan bertambah
retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah
pasti ia
akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan
akal
dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan
ilmu
tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul
Adawiah
sebagai renungan bersama :

“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk
seseorang
insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan
seorang
itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu
cinta pun
yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi
kecuali cinta
kepada pencipta manusia sendiri.”

“ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT
PERKAHWINANNYA,
CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA.”

Wallahua’lam…