Sidik.Org Pelbagai Bila Hari Hujan…

Bila Hari Hujan…

**Artikel ni menarik sgt..jemputla bace..:)
Bila Hari Hujan…
Kat KL skrg ni boleh dikatakan hari2 hujan/ribut
petir/guruh kan?. Bila langit mula mendung, kekadang
terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya
“Cuaca buruk je akhir2 ni ye..”
Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila
hari hujan?
-Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
-Alahai, hujan laaagiiii
-Tiap-tiap hari hujan…susah la mcm ni
-Payah nak buat apa2 kalau hujan
-Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebel2an tu lebih baik digantikan dengan doa :

“Allahumma syaiyiban nafi’a”
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini
bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin
sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang
kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian
Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis
buah-buahan.
Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)
orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya).” (Al-A’raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit je senarai kebaikannya. Ada byk lagi.
Cuma saya terfikir, kenapa orang selalu bad mood bila hujan?

“Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je
bermuram ni..?” Mcm biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah
sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Masa kat asrama dulu, saya selalu perhatikan.
Samada Khamis petang/malam, atau Jumaat subuh/pagi sentiasa
hujan. Sebab masa tu ustazah selalu pesan, tadah air hujan
petang/malam Khamis atau Subuh/pagi Jumaat. Ustazah
sebenarnya nak suruh kami prihatin, supaya bila kami buat mcm
tu kami akan tersedar, memang benarlah Jumaat itu hari yang berkat.
Sebab itu hujan turun mengiringi kedatangannya. Sedarkah kita?

Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia.
Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa
mustajab. Skrg ni, KL tiap2 hari hujan. Tiap2 hari ada masa utk doa
menjadi
mustajab.Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia2 di saat pintu2
langit sedang terbuka?

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan
menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari
semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu
tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak) mengingatkan kita
tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita
perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu
hujan, dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan. Contoh, bila
kita makan buah epal hijau, masam.. pastu kita kata,
“Eii, masamnya buah ni!” kita kritik sapa tu?
kita tak suka epal masam tu, lain kali beli epal merah. kalau
dpt yg tak elok jugak, agaknya kita yg tak elok, sbb tu yg tak elok
tak elok mai kat kita (leh terima ke?). Ini kena ngaji bab redha,
sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan
yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;
dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”
(Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru
hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita
sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan
disimpan di bumi.

Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan
pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan)
dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah
kamu yang(berkuasa menurunkannya atau menyimpannya.” (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar utk peringatan kita.

“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan
bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu
tidaksekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” Surah Hud :123

moga ada manfaat, insya-Allah..Wallahua’lam..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post