Hampir² Kehilangan koleksi nasyid :o

semalam aku hampir kehilangan koleksi nasyid, alhamdulillah boleh recover balik B-). tapi ade 2 3 album hilang, kene rip balik la, album amar, dehearty dengan mestica. kali ni aku rip menggunakan foobar 2000 + lame 3.97, dengan preset “insane” 320 kbps.

Ceritanya, aku nak merge 2 partition menggunakan partition magic, tetiba dia tengah merge, ade error..end cluster missing, tah amende tah tu. Bukak2 windows, satu partition takleh bukak (partition yang ade nasyid tu la)…waa, ingatkan dah musnah la sume, lepas tu restart balik windows, scandisk pun jalan & membaiki fail2 yang rosak. Tapi, Ade banyak gak la fail2 video yang hilang, tapi tak kesah la..

Tu la, untuk meningkatkan Ilmu pengetahuan, kita jangan takut untuk try @ takut rosak.

pengajaran : kalo nak buat pape operation seperti buat partition baru, merge partition, convert filesystem. jangan lupa backup dulu, berapa kali la nak ingatkan backup tu penting untuk mengelakkan kehilangan data..
lagi satu, kalau nak update bios, pastikan bios yang betul digunakan (pernah 2 kali motherboard rosak pasal tangan gatal nak update bios)

panjang plak aku merapik hari ni..

Tahun 2005 – tak material dari sudut pandangan aku.. bukannye tahun aku pun

Tahniah Noratina bt Mohd Nasir , kerana mendapat PMR 9A, tapi sori la pakdik belom mampu membeli hadiah :|.. waa, kajian tempatan dia untuk geografi ‘baik’ la..aku dulu ‘memuaskan’ jek, mase tu buat main2.ape ntah..

Peringatan Untuk Semua Manusia

Lebih 120,000 orang terbunuh secara serta merta!, begitu mudah bila Allah nak beri peringatan kepada semua manusia, hanya dengan menggerakkan sedikit kerak bumi.. masyaAllah..

Takziah kepada mereka yang kehilangan keluarga 🙁 bersabarlah, ingatan bagi kita yang masih hidup. Bila Allah turunkan bala, yang terlibat bukan mereka yang melakukan kerosakan semata-mata, sebaliknya semua golongan manusia menerima akibatnya..nauzubillah

Cuba kita bayangkan bagaimana suasananya bila hari kiamat tiba nanti, bumi terbelah, langit tergulung..gunung-ganang berterbangan dan hancur umpama dedaunan yang dimakan ulat.

Firman Allah di dalam Al-Quran, terjemahannya :

[code]”Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”[/code]

Ar-Rum 30 Ayat 41

Dah diingatkan macam tu, tahun baru nanti jangan la nak berpesta pulak ye 😮 . Dunia bukan tempat kita nak berpesta..astaghfirullah.

[code]
Mase kejadian tu berlaku aku tengah berkelah bersama family kat pantai PD, asalnya pegi kenduri kat rumah mak mah kat batu pahat, balik singgah bermalam kat PD. yang ada: mak, bapak , k.shimah & family, kang Il & family, kan Anip & family , kak ipah & family, sidik (& family :p)..berkayak, main-main air ..dah lame tak main air camtu. bersyukur kejadian tu tak melibatkan PD.alhamdulillah [/code]

Krismas Bukan untuk orang Islam!

Makin menjadi-jadi pulak ke’toleransi’an masyarakat Islam kat Malaysia ni. Artis2 yang namanya Islam dengan penuh hepi memakai topi santa claus dan mengucapkan merry christmas :(. Toleransi dalam Islam ni ade hadnye, jangan kerana kununnye untuk mengeratkan perpaduan kaum, orang Islam sambut perayaan orang bukan Islam & Sebaliknya (dalam konteks perayaan agama seperti deepavali,krismas etc)., bende ni same macam orang Islam sembah sembahan orang bukan Islam. Na’uzubillah.. Banyak lagi cara perpaduan yang dibenarkan & dituntut oleh Islam sebenarnya, yang selalu kita abaikan, umpamanya hak mereka sebagai Jiran, yang banyak antara kita tak peduli. kita lebih suka bende yang enjoy2, kenapa ya?

Sekadar peringatan yang banyak kali diulang, tapi semakin dilupakan. Wahai Umat Islam, Tunjukkanlah kekuatan kita semua, jangan jadi macam buih, dibawa ombak..hanyut, ditiup angin..terbang dan pecah. semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

Salam Idulfitri

Dah lima hari baru aku berkesempatan online, salam idulfitri diucapkan kepada semua pengunjung sidik.org. maaf andai ada pandangan2 yang melukakan hati kalian :takut: . hari raya kita jangan samakan dengan hari-hari yang lain @ hari raya bangsa atau agama lain

[code] islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya-[i]maksud al-hadis[/i][/code]

rujuk surah al-kafirun dan fahami maksudnya

Lailatul Qadr

yang penting ketika Lailatul Qadr, bukanlah kita menemui tanda2 hadirnya, tetapi, bagaimana kita memakmurkannya, oleh itu, baki hari2 dalam ramadhan ini, anggaplah semua malam adalah lailatul qadr (dengan itu kita beramal untuk mendapatkan kelebihannya)

Pastikan bahawa semua yang kita lakukan adalah ibadah iaitu kita niatkan segalanya kerana Allah. insyaAllah, walaupun kita tidak menyedari kehadiran lailatulqadr itu, sekiranya pada waktu itu kita dalam keadaan beribadah (walaupun kita sedang tidur sekalipun), kita akan mendapat kelebihan yang dijanjikan Allah. wallahua’lam.

Sidik.org kini lebih ‘mesra enjin pencari’

Dengan menggunakan modul apache [b]’mod_rewrite'[/b], sidik.org telah dikemaskini supaya lebih ‘search engine friendly’.

contohnye.. sekiranya sebelum ini untuk mencetak catatan ini (id = 53)
[code]
[url]http://sidik.org/index.php?isi=cerita&id=53&BRSR=0&cetak=1[/url]
[/code]

sekarang, URL nye telah dipermudahkan kepada
[code]
[url]http://sidik.org/catatan_53__cetak.php[/url]
[/code]

Jadi, URL anda akan lebih ‘enak’ dilihat oleh manusia dan robot (tanpa tanda ‘&’ ,’=’ dan ‘?’ :p )

bagaimana caranya ?

buat satu fail [b].htaccess[/b]
di dalam fail [b].htaccess[/b] , tambah kod seperti berikut
[code]
Options +FollowSymLinks
RewriteEngine on
RewriteRule (.*)_(.*)_(.*)_(.*).\php$ index.php?isi=$1&id=$2&BRSR=$3&$4=1
[/code]

untuk mod_rewrite generator, sila ke :-
[url=http://www.webmaster-toolkit.com/mod_rewrite-rewriterule-generator.shtml]webmaster-toolkit.com[/url]

selamat mencuba :bintang:

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim..:)

[code]
Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim, setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda yang dipertuan agung etc..etc.. dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan Ramadhan bagi tahun 1425 Hijrah jatuh pada hari Jumaat,15 Oktober 2004[/code]

Alhamdulillah, selamat datang bulan Ramadhan :)… nak pegi solat terawikh jap g