Sidik.Org Pelbagai Peringatan Untuk Semua Manusia

Peringatan Untuk Semua Manusia

Lebih 120,000 orang terbunuh secara serta merta!, begitu mudah bila Allah nak beri peringatan kepada semua manusia, hanya dengan menggerakkan sedikit kerak bumi.. masyaAllah..

Takziah kepada mereka yang kehilangan keluarga 🙁 bersabarlah, ingatan bagi kita yang masih hidup. Bila Allah turunkan bala, yang terlibat bukan mereka yang melakukan kerosakan semata-mata, sebaliknya semua golongan manusia menerima akibatnya..nauzubillah

Cuba kita bayangkan bagaimana suasananya bila hari kiamat tiba nanti, bumi terbelah, langit tergulung..gunung-ganang berterbangan dan hancur umpama dedaunan yang dimakan ulat.

Firman Allah di dalam Al-Quran, terjemahannya :

[code]”Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”[/code]

Ar-Rum 30 Ayat 41

Dah diingatkan macam tu, tahun baru nanti jangan la nak berpesta pulak ye 😮 . Dunia bukan tempat kita nak berpesta..astaghfirullah.

[code]
Mase kejadian tu berlaku aku tengah berkelah bersama family kat pantai PD, asalnya pegi kenduri kat rumah mak mah kat batu pahat, balik singgah bermalam kat PD. yang ada: mak, bapak , k.shimah & family, kang Il & family, kan Anip & family , kak ipah & family, sidik (& family :p)..berkayak, main-main air ..dah lame tak main air camtu. bersyukur kejadian tu tak melibatkan PD.alhamdulillah [/code]

1 thought on “Peringatan Untuk Semua Manusia”

  1. RENUNG SEJENAK – Suratan Atau Kebetulan

    26 Dis 1932 gempabumi 7.6 Richter di China membunuh 70,000 nyawa.
    26 Dis 1939 gempabumi 7.9 Richter di Wilyah Erzincan,Turki membunuh 41,000 nyawa.
    26 Dis 1996 ribut Greg di Keningau,Sabah meragut beratus nyawa.
    26 Dis 2003 gempabumi 6.5 Richter di Wilayah Bam,Iran membunuh 45,000 nyawa.
    26 Dis 2004 gempabumi 9 Richter di Aceh yang menyebabkan Ombak Tsunami membunuh 35,000 nyawa & jumlahnya terus meningkat..

    Kenapa kebanyakan 26 Disember ? Apa yang umat manusia lakukan pada tarikh tersebut atau hari sebelumnya yang menyebabkan kemurkaan ALLAH ? Renungkanlah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post