Musim orang kawin datang lagi :p

Macam biase, bila tiba cuti skolah, kengkawan pun kawin sorang demi sorang.
Slamat pengantin baru kepada ex-classmates smapk aku, najihan, haslina, faizal yang akan melangsungkan perkahwinan 20/11/2005, 27/11/2005, 4/12/2005, skulmet izzuddin faisal esa (tarikh tak tau g), college-mate, syakir (10/12/200), practical-training-mate, kak DJ (11/12/2005). (berapa banyak *mate daa) moga perhubungan yang dibina kekal bahagia, diredhai Allah hingga ke syurga. Mintak maaf ade jemputan yang tak dapat dipenuhi… (sedar; memenuhi jemputan adalah satu kewajipan), so kepada kengkawan yang dah lepas tu doa²kan la juge yang belum ni :p

Kat pantai timur ni cam biase la bila hujung tahun, musim tengkujuh.. first time aku duk kat pahang mase musim hujan ni, dari kelmarin hujan turun tak berenti-berenti.subhanallah..musim berubah² camni ramai la orang demam

Musim hujan.. hardisk 120GB aku pun dah kene “banjir”, tetiba partition hilang, corrupt, sabar je laa.. hilang le fail² yang tak penting & yang penting, pengajarannye..takde ape yang kekal di dunia ni,fail bajet aku pon dah hilang, kene la buat baru menggunakan assumption². syukur alhamdulillah, koleksi gambar² & nasyeeds aku simpan kat hardisk satu lagi, so terselamat la B)

Kat ofis aku nampak ade tanda² akan berlaku perubahan, moga perubahan yang lebih baik, bukan sebaliknya

Cuti Raye

[center][url=galeri_92_20_.php][img]thumbnail.php?id=92[/img][/url][/center]
dah lame gak aku tak jumpe internet, cuti raye..(1-7/11/05) ,so kalo masih belum terlewat, diucapkan salam idul fitri kepada semua pengunjung sidik.org :)..

Anak Perantau (a.k.a Anak Pejuang)

Anak perantau di musim raya
Mukanya lesu hatinya pilu
riangnya kurang wajahnya sayu
hanya selalu dia membisu

sekali sekala bertanya pada ibunya
muram wajahnya penuh kesedihan
di manakah ayah tak kunjung tiba
bukankah hari ini hari raya
bukankah hari ini hari raya?

Diam ibunya menahan rasa
sambil merenung anaknya sayu
air matanya mula berlenang
menitis titis di atas pangku

hairan anaknya mengapa ibu begitu
apakah mungkin simpati padaku?
maafkanku ibu kucium tanganmu
pengampunanmu penawar sedihku
pengampunanmu penawar sedihku

padamu Allah aku berserah
memohon restu dan bantuanmu
bilakah masanya akan tiba
hari gemilang di bumi indah

biar kesepian menyelubungiku
dalam penantian kepulangan ayahku
anak perantau tetap setia
walaupun ayah nun jauh di mata
walaupun ayah nun jauh di mata

-kumpulan mawaddah-

Adik Remajaku

Teguhmu membangun Ummah
Pendirianmu membela maruah
Tafakurmu mendamba hidayah
Dikau remaja yang sempurna

Usia muda hanya sekali
Penuhilah ia dengan berbakti
Ajaran Rasul hendaklah diikuti
Perintah Allah wajib dipatuhi

Bersyukurlah atas rahmat-Nya
Bersabarlah dengan dugaan-Nya
Bertaqwala dirimu kepada-Nya
Pahala berganda ganjarannya

Andai nafsu dapat kau tahan
Tangisanmu hanya kerana Tuhan
Hatimu terpaut pada rumah-Nya
Nikmat syurga akan kau rasa

Perjalananmu masih jauh
Wahai adikku aturlah langkah
Gunalah kelebihan yang ada
Demi Keagungan agama dan bangsa

Album : Raihan – Ameen
Senilagu : Nazrey Johari
Senikata: Fairuz Zainal

Bermusafir di bulan Ramadhan

“Dalam bulan ramadhan sebenarnye” (tapi cam tak best je ayat tu)
semalam ke KLCC, ade tax briefing 2006 oleh KPMG, balik petang tu, berbuka kat petronas kat highway gombak-karak

takziah buat saudara² di pakistan yang dilanda ujian mala petaka, moga sentiasa tabah menghadapinya..

Ramadhan

Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadan yang mulia
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan ibadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh maghfirah
moga kita kan jadi hamba yang setia

Ramadan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain

Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan

Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya ‘kan membela ku di akhirat nanti

-brothers-

(hari ni 30 sya’ban, tapi sebab different in calculation, sistem tunjukkan 1 ramadhan)

Alhamdulillah semuanya selamat :)

[center][url=galeri_91__.php][img]thumbnail.php?id=91[/img][/url][/center]
syukur alhamdulillah, majlis berjalan lancar. perjalanan pergi dan balik takde pape yang tak diingini berlaku. terima kasih kepada tuan rumah,mak & bapak, kakak² & abang², ipar², mak usu,pak usu,along,anak² buah, kak liza, housemate aku hasnul, dan lain² atas kehadiran,pertolongan & doa semua..semoga di tempoh pertunangan ini, kami dikurniakan ketabahan menghadapi sgala dugaan.semoga silaturrahim yang dibina kekal hingga ke syurga..amiin

Going home

Malam ni aku nak naik bas balik kampung insyaAllah, ambik cuti jumaat & isnin.

Tadi ada video conferencing, President Policy Address untuk staff2 petronas di seluruh dunia, quite interesting. tapi, tak sesuai untuk diceritakan dalam website nih :p