Integrity

Integrity = jujur/amanah et..etc..

Learn how to say “i don’t know” :alien:. cakap pasal integrity ni memang sampai sehari suntuk tak habis, ape pun yang penting sebenarnye pendirian kita yang mantap. Bekerja mesti kerana Allah, bukan kerana Duwet, naik pangkat, dipuji bos, atau kerana rasa bangga..atau untuk rasa dihormati.. kalau kita kerja kerana makhluk, kat akhirat nanti Allah serahkan nasib kita kepada bende yang kita niatkan, tak takut ke ?

Pasal integrity ni, memang networking ni kene penting, tapi kita kene berhati2 jangan sampai orang berbaik dengan kita kerana position kita. na’uzubillah

Baru balik dari Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik. Terima kasih kepada Haji Abdul Rahim etc atas segala tunjuk ajar yang diberikan..cantik betul kawasan tu, yang paling aku ingat kat sana swimming pool la.. heheheh,maklum la dah lame tak berkubang, dulu kecik2 selalu la main kat tepi sungai bernam tu, naik atas pokok kelapa sawit hanyut.

[url=http://www.pahangtourism.com.my/accomodation/sdinar.html]Info Sri Dinar[/url]

Selamat Tahun baru 1426h

Sudah 1426 tahun sejak Penghijrahan Rasulullah S.A.W dan sahabat baginda dari Makkah ke Yathrib (kemudian diberi nama madinatul munawwarah -kota yang bercahaya).

Mengimbau kembali peristiwa hijrah, amat banyak pelajaran yang kita boleh dapati. salah satunya kisah kesetiaan Abu Bakr As-Siddiq, yang menjadi sahabat yang paling rapat Rasulullah S.A.W. Ketika bersembunyi di gua thur, yang terletak di gunung thur , 800m dari aras laut (teringat lagi 2 tahun lepas naik gunung thur, pancit gak naik gunung tengah2 panas 😮 ). Beliau rela menutup lubang binatang berbisa di gua tersebut menggunakan tangan sendiri untuk melindungi Rasulullah S.A.W daripada digigit@disengat, sehinggakan apabila tangan Abu Bakr disengat, beliau tidak mengadukannya kepada Rasulullah yang ketika itu sedang tidur, kerana tidak mahu mengganggu baginda berehat. Hanya Air mata yang keluar dek kerana kesakitan, lalu air mata itu menitis terkena pipi rasulullah menyebabkan baginda terjaga. akhirnya kesakitan tersebut hilang serta merta setelah diubati oleh Rasulullah s.a.w

(untuk cerita yang lengkap dengan riwayatnya sila rujuk kitab2 sirah yang muktabar)

jadi berhijrahlah wahai muslimin & muslimat, berjihadlah di jalan Allah