Sidik.Org Pelbagai Selamat Tahun baru 1426h

Selamat Tahun baru 1426h

Sudah 1426 tahun sejak Penghijrahan Rasulullah S.A.W dan sahabat baginda dari Makkah ke Yathrib (kemudian diberi nama madinatul munawwarah -kota yang bercahaya).

Mengimbau kembali peristiwa hijrah, amat banyak pelajaran yang kita boleh dapati. salah satunya kisah kesetiaan Abu Bakr As-Siddiq, yang menjadi sahabat yang paling rapat Rasulullah S.A.W. Ketika bersembunyi di gua thur, yang terletak di gunung thur , 800m dari aras laut (teringat lagi 2 tahun lepas naik gunung thur, pancit gak naik gunung tengah2 panas 😮 ). Beliau rela menutup lubang binatang berbisa di gua tersebut menggunakan tangan sendiri untuk melindungi Rasulullah S.A.W daripada digigit@disengat, sehinggakan apabila tangan Abu Bakr disengat, beliau tidak mengadukannya kepada Rasulullah yang ketika itu sedang tidur, kerana tidak mahu mengganggu baginda berehat. Hanya Air mata yang keluar dek kerana kesakitan, lalu air mata itu menitis terkena pipi rasulullah menyebabkan baginda terjaga. akhirnya kesakitan tersebut hilang serta merta setelah diubati oleh Rasulullah s.a.w

(untuk cerita yang lengkap dengan riwayatnya sila rujuk kitab2 sirah yang muktabar)

jadi berhijrahlah wahai muslimin & muslimat, berjihadlah di jalan Allah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post