Nyaman bah

Alhamdulillah setelah beberapa minggu kami jadi “orang gelandangan” kerana barang-barang diangkut masuk ke kapal. sekarang keadaan menjadi bertambah baik.Minggu lepas, barang-barang dan kereta sampai dengan selamat.

Terima Kasih kang Ajib, Kak Lin dan anak-anak kerana sudi menerima kami menjadi tetamu di rumah mereka selama seminggu  lebih dan meminjamkan kenderaan untuk kami bergerak.

Kepada saudara dan rakan-rakan yang sampai ke Kota Kinabalu, dipersilakan singgah di rumah (sewa) kami di Putatan.

Adios Kuantan

Hidup ini jambatan ke-akhirat, dunia ini hanya tempat persinggahan dan tempat persediaan. Insya-Allah esok kami sekeluarga akan bertolak dari Pantai Timur Semenanjung ke Malaysia Timur. Permisi dulu bandar Kuantan.

Jambatan merentasi Sungai Kuantan, Masjid Tanjung Lumpur dan Masjid Tanjung Api kelihatan di kedua-dua hujung

Ramadhan yang manis (A Samad Said)

Alam itu cantik—gunung dan tasik;
maya terlalu indah—laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti—
ketakwaan penuh terhadap Ilahi.
Puasa—musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.
Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadhan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa.
Daun yang gugur, tanah yang rekah,
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredai.
Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.
Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Ilahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik terpilih
malam yang manis, indah dan jernih.
Pada malam sabar dan siang yang cekal
ranum pohon hikmah sebagai bekal;
gugus permata, kerlipnya paling mesra,
merimbun bugar, daunnya meneduhi ummah.

A. Samad Said
Bangsar Utama
9-13 September 2001

(salin & tampal dari sumber internet, gunakan google untuk mencari)

Selamat Datang Bulan Ramadhan, Ya Allah Sampaikanlah Kami ke Bulan Ramadhan.. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemaaf, Engkau menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami, Ibu Bapa kami, dan seluruh mu’minin & mu’minat,  muslimin & muslimat. amiin..

Tahun ke-5, menuju infiniti

3/6/11 Genap tahun ke-lima Isteri saya dan saya disatukan dalam ikatan pernikahan, dan kami sekarang diamanahkan dua orang putera yang sedang dalam proses pembelajaran menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Ya Allah, Alhamdulillah, kami bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan kepada kami,  Semoga kami sekeluarga akan sentiasa dalam perlindungan dan panduan dari-Mu menuju tahun yang ke-∞ ( infiniti) di syurga Mu nanti.., masukkan kami ke dalam syurga firdaus Mu, jauhkan kami dari jalan-jalan menuju ke-neraka sejauh-jauhnya..amiin.

 

Depa (Kami?) ni tak takut neraka ka?

http://www.siteman.wustl.edu/CancerDetails.aspx?id=788&xml=CDR62802.xml

Neraka apakah yang terjadi dalam negeri ini?

Kami takut dimasukkan dalam api neraka.

Bayangkan :

http://www.siteman.wustl.edu/CancerDetails.aspx?id=788&xml=CDR62802.xml
http://www.siteman.wustl.edu/CancerDetails.aspx?id=788&xml=CDR62802.xml

Kulit dibakar dengan api yang panasnya berbilion kali ganda api memasak,  lalu kulit tersebut hangus cair bersama otot dan lemak-lemak sampai tinggal tulang-temulang, dalam keadaan reseptor deria dimaksimumkan kepekaannya, lalu ditumbuhkan balik kulit-kulit baru supaya reseptor-reseptor deria merasai kepanasan tersebut terus-menerus.

Saiz tubuh badan dibesarkan supaya keluasan permukaan kulit berganda-ganda dan merasai lebih banyak kesakitan

Hidung menyedut asap yang amat busuk dan membahang panas.

Mulut menelan air panas yang hanyir sampai gugur organ-organ dalaman.

badan dicangkuk dengan besi panas dan digantung di tiang-tiang berduri.

Ular dan kala jengking berbisa menyengat hingga kesakitannya menusuk.

Bila kita membayangkan perkara tersebut dalam otak, kita akan dapat satu bayangan yang dahsyat, tapi hakikatnya bayangan yang kita fikirkan tu sedikit pun tak sama dengan hakikat sebenar di neraka,  hakikat sebenarnya Allah sahaja yang tahu bagaimana kedahsyatannya yang tak mampu difikir oleh akal manusia.. Aku takut, aku mengharap pengampunan Allah dari semua seksa tersebut..

Mari fahami terjemahan surah al-Humazah berikut (sila rujuk tafsir):

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.  Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -Yang naik menjulang ke hati;  Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. – Al-humazah 104:1- 9″ (http://quran.com/104)

Bila berkata “mereka”, jangan membayangkan mereka itu orang lain, tanya diri kita sendiri  adakah kita tergolong dalam golongan “mereka” yang dimaksudkan.. Ya Allah, jangan masukkan kami dalam golongan yang dirujuk sebagai “mereka” dalam surah Al-Humazah ini..maafkanlah kami, ampunkanlah kami, kasihanilah kami..amiin

Seberang Jaya (6/4/2011)

MMXI

Kaligrafi Surah Al-Asr (download dari http://goo.gl/CSTQ6)
Kaligrafi Surah Al-Asr (download dari http://goo.gl/CSTQ6)
Kaligrafi Surah Al-Asr (download dari http://goo.gl/CSTQ6)

Tahun MMX baru melabuhkan tirainya dan kini masuk tahun MMXI dalam kalendar masihi.

Bayangkan sekiranya nombor Roman (yang tiada angka sifar) digunakan dalam pengiraan seharian. Sistem nombor yang kita gunakan sekarang adalah diambil dari sistem nombor Arab.

Roman Arabic
I 1
V 5
X 10
L 50
C 100
D 500
M 1,000
i 1,000
v 5,000
x 10,000
l 50,000
c 100,000
d 500,000
m 1,000,000

Rujukan:-

http://en.wikipedia.org/wiki/Roman_numerals
http://ostermiller.org/calc/roman.html

1432 Hijrah, 30 tahun, Sidik.org

Abah kepada dua orang anak, tanda-tanda lanjut usia mula nampak

1) Kita baru masuk ke tahun 1432 hijrah. Semoga hijrah kita sentiasa ke arah kebaikan. Hayati hijrah Rasulullah S.A.W, keluarga dan sahabat Radiallahu Anhum. Sama-sama betulkan niat kita, jangan sampai niat yang salah menjadikan segala amalan baik yang kita lakukan jadi sia-sia.

2) Menginsafi umur saya yang genap 30 tahun mengikut perkiraan takwim Hijriah pada tanggal 20 Zulhijjah 1431H dua minggu lepas, semoga Allah sentiasa merahmati kami dan mengampunkan dosa-dosa kami, dan pengakhiran umur kami nanti dalam keadaan baik, (husnul khatimah) amiin.

Abah kepada dua orang anak, tanda-tanda lanjut usia mula nampak
Abah kepada dua orang anak, tanda-tanda lanjut usia mula nampak

3) Setelah dua (2) tahun domain sidik.org terlepas ke tangan pihak yang tak berkenaan akibat saya terlambat memperbaharui langganan, tahun ini pihak tersebut tak memperbaharui langganan mereka (mungkin kerana tak ada orang nak beli). Jadi semalam domain tersebut kembali saya langgan, tetapi buat masa ini saya hanya set untuk redirect (terjemah?)  ke sidik.org.

Dari Umar R.A. : aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: ” Sesungguhnya setiap amalan tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan memperoleh sesuai dengan niat masing-masing. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang ingin diraihnya atau untuk seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sebatas pada apa yang menjadi niatnya” – terjemahan hadith Riwayat Bukhari –

Temai Hulu, Kota Bharu, Sungai Manila dan Makkah

Kota Bharu - Hari 1

1) Dua minggu lepas Abah & Mak mertua saya berlepas ke Tanah suci menyambut panggilan Haji. Ketika ini mereka sedang bersiap untuk memulakan perjalanan wukuf di Arafah. Semoga Allah menerima Haji mereka.

Mak (di kuantan airport)
Mak (di kuantan airport)
abah (kanan sekali) - Di Kuantan Airport
abah (kanan sekali) - Di Kuantan Airport

2) Minggu lepas saya ke Kota Bharu atas urusan kerja, dan nampaknya angin monsun timur laut sudah mula menampakkan kunjungan tahunannya.

Kota Bharu - Hari 1
Kota Bharu - Hari 1
Kota Bharu - Hari ke dua
Kota Bharu - Hari ke dua

3) Minggu lepas saya dan keluarga berkesempatan pulang ke Sungai Manila, Alhamdulillah. Moga kepulangan kami mengubat sedikit kerinduan ayahbonda.

Bapak - 2 November hari ulangtahun kelahiran yang ke-78
Bapak - 2 November lepas hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-78
Nak tengok Lori
Nak tengok Lori - Sebelum kena marah

4) Selamat menyambut Eidul Adha. Bersama kita belajar dari kisah pengorbanan baginda Ibrahim Alaihi Salam, Ismail Alaihi Salam & Siti Hajar.

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Terjemahan Surah Ibrahim: Ayat 40)