Sidik.Org Ingatan,Isu Semasa Fikir-fikir: Antara dua Pilihan

Fikir-fikir: Antara dua Pilihan

adudu - copyright Animonsta Studios

Anak-anak

Bayangkan sekiranya kamu sedang kebuluran di padang pasir, dan kamu jumpa dua buah bekas…(dan sebaldi air)

1) Satu bekas, didalamnya ada seguni beras, tapi ada juga di dalamnya beberapa ekor kutu beras yang sedang makan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Beras

http://ms.wikipedia.org/wiki/Beras

2) Satu bekas, di dalamnya ada sedikit beras bercampur dengan seguni kutu beras yang sedang mengerumuni beras tersebut.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kutu_beras

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kutu_beras

Jadi bekas mana yang kamu pilih untuk memasak nasi, yang mana lebih senang untuk kamu bersihkan kutu beras tersebut ? kamu pilih bekas kedua kah? atau yang pertama. pilihan di tangan kamu.

Kalau kamu memilih untuk tidak pilih salah satu,  (Dengan izin Allah) kamu akan mati kebuluran.. dan hidup mesti diteruskan.

Bekas pertama: adakah kerana beberapa ekor kutu itu, kamu terus menolak beras yang putih tersebut. kerana kamu kata, sama saja bekas ni, kalau aku tinggal lama-lama nanti penuh jugak kutu beras. (tapi kamu nak makan nasi sekarang)

Bekas kedua: adakah kerana masih ada beras didalam bekas tersebut, dan kamu terkenang dulunya ada beras yang banyak, kamu masih pilih kerana masih boleh dibersihkan, walaupun segala pangkat kutu ada didalam dari mamak bendahara sehingga sekecil-kecil tok ketua kampung kutu tersebut pun ada.

Pengajarannya tidak perlu menunggu untuk mencari beras 100% sempurna, Beras mahal pun ada 5% kandungan hancur kan.

Tapi semua itu bergantung kepada pandangan dan latar belakang kamu, sebab ada orang tengok beras macam kutu, tengok kutu macam beras. Yang itu kita sama-samalah minta hidayah dari Allah.

 

اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا إتباعه وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه
Ya Allah tunjukkanlah kami kebenaran sebagai kebenaran, dan mudahkan kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan sebagai kebatilan, dan mudahkan kami untuk menjauhinya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mendaftar menjadi pengundi.

p/s:  “apa kena mengenaa nye – adudu”

adudu - copyright Animonsta Studios

adudu - copyright Animonsta Studios

2 thoughts on “Fikir-fikir: Antara dua Pilihan”

  1. Satu tong lagi berisi beras yang putih bersi,yang telah ditambah sejenis bahan pengawet,yang imun pada kutu beras.Kutu beras, ulat beras ,tikus,bahkan ayam pun akan sakit setelah memakannya. Adakah kamu akan memilihnya?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

RatukuRatuku

Ratuku Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan, tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah Ratuku Kebimbanganku ini masih menebal Apabila kudengar