Sidik.Org Pelbagai Catatan Pagi Ahad

Catatan Pagi Ahad

Minggu lepas aku masuk ofis 2 hari setengah je, isnin & rabu..khamis masuk separuh hari. esok patutnye aku kene pegi cameron, survey tempat treasure hunt. tapi tengok keadaan dulu la ok ke tak..

Takde ape nak diperkatakan di sini sebenarnye, cuma sedih dengan ke’obses’an masyarakat dengat hiburan yang melalaikan (aku pun termasuk la kot). ketika saudara-saudara kita kat palestin bersedih atas kehilangan ahli keluarga akibat dilanyak rejim zionis, kita kat sini menitis air mata melihat aksi2 yang dilakonkan di pentas realiti TV. rasanya air mata tu pun tak redha keluar semata2 kerana bende2 mengarut camtu..moga diri ini dijauhkan dari terus terlalai..amiin

sekarang. beberapa peralatan elektrik& elektronik yang aku ade dah rosak, viewcam,monitor,henset..dah sampai ajal, biase la tu.. takde bende yang kekal

oleh itu ape yang aku cuba sampaikan di sini ialah,untuk mereka2 yang bekerja..betulkan niat hanya kerana Allah, insyaAllah bila niat ikhlas, keje jadi sempurna, takdek mengular2,ponteng memonteng,dengki mendengki,bodek membodek,etc etc..orang suka, Allah pun suka orang yang keje dengan Ikhlas.
(Ade kaitan ke kesimpulan ni dengan bende yang aku tulis kat atas tuh,hanya Tuhan yang tahu)

1 thought on “Catatan Pagi Ahad”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post