Sidik.Org Aktiviti Hikayat lampu kalimantang dan lampu kecemasan

Hikayat lampu kalimantang dan lampu kecemasan

Aku, Isteri dan anak-anak masuk rumah ni lepas raya puasa tahun 2008,  apabila selesai kerja-kerja mengecat rumah dan mewayar dijalankan, semua ok alhamdulillah, cumanya ada satu lampu kalimantang di bilik air belakang yang tak pernah hidup. Aku bagitau bos yang buat wiring tu, dia cakap nanti dia bagitau adik dia. lepas tu, aku SMS, telefon tak berjawab.. oleh kerana bilik air belakang jarang digunakan, aku biarkan sahaja. Cuma kesian bila tetamu-tetamu sesekali bermalam di sini terpaksa bergelap di bilik air, rasa tak patut sangat sebagai tuan rumah.

Bulan lepas abang aku, Kamil nak datang rumah, masa tu musim hujan, kadang-kadang blackout. Aku pun beli lampu kecemasan di Tunas Manja, memang lampu ni dah lama aku nak beli, cuma kurang motivasi. Bila abang aku & keluarganya datang, lampu kecemasan ni lah yang jadi sumber cahaya dalam bilik air. Ok lah juga sekurang-kurangnya tak bergelap.

Minggu lepas, bangun-bangun pagi tiba-tiba air dalam bilik air tak keluar, bila periksa air di dapur yang bersambung terus dengan punca air dari luar, air mengalir macam biasa, mesti sesuatu berlaku ke atas aliran air ke tangki atas rumah ni, tapi nak tengok tangga tak ada. Lalu dalam seminggu ni kami sekeluarga mandi di bilik air belakang dengan menyambungkan hos kepada paip air di dapur dan bercahayakan lampu kecemasan.

Semalam aku pinjam tangga daripad En Faridz jiran depan rumah kami ni, umar dah tanye “abah buat ape tu” “angkat tanggeeee..” “angkat tangge te?” “iyeee”. Untuk mengelakkan pertanyaan lanjut, aku pun tuggu sampai petang tadi, anak-anak tengah tidur. Aku pon mula operasi memanjat, berbekalkan lampu kecemasan, cabut pelampung tanpa menggunakan alatan. Rupa-rupanyaanya ada rumput & batu menyekat pengaliran air, buang guna dawai, dan pasang semula. Alhamdulillah, masalah air selesai..

Aku pun turun, sambil tu cabut starter lampu kalimantang bilik air belakang yang tak pernah hidup tu, nampak macam ada wayar tercabut dalam tu, tukar dengan starter baru, buat kali pertamanya lampu tu pun hidup, alhamdulillah, lepas ni tetamu tak payah guna lampu kecemasan lagi, lampu kecemasan boleh diguna pada waktu-waktu kecemasan.:-).. terima kasih kepada jiran depan rumah yang sudi pinjamkan tangga, akhirnya masalah lampu kalimantang dan lampu kecemasan selesai..

Tag:

9 thoughts on “Hikayat lampu kalimantang dan lampu kecemasan”

  1. Paham,kecik-kecik mana bapak tak ajar pun about kalimantang,yang di ajar pasang lampu gaslen aje.

    1. hehe, lampu gaslen, obelik & corong. mintak maaf le sebab masa datang rumah dulu sesak nafas mandi kat bilik air tak de lampu

  2. Gaslen… kalingan lagu seng bapak ubahsuai… “Pak mustopo nangis.. keneng minyak…” Lagu asal.. Kuala Lumpur…

Leave a Reply to kak nuhaCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post