baca komentar editor dalam i isu mei. Sejak akhir2 ni penyebaran berita palsu makin berleluasa, contohnya isu sosej b a b i hari tu, tak pasal2 syarikat yang tak berkenaan jadi mangsa berita2 yang tersebar melalui internet & SMS. yang sedihnya, orang yang terima berita tu, tanpa usul periksa menyebarkan pulak cerita yang diterima, tak tau diterima dari sumber mana.
kepada mereka yang berkenaan, ingatlah bahawa fitnah itu adalah lebih dahsyat dari membunuh, apabila kita terima sesuatu berita, siasatlah dahulu sebelum percaya@sebarkan kepada orang lain, supaya kita tidak jadi dalam golongan orang yang menyesal di kemudian hari.
lagi satu berkenaan surat berantai, isu ni memang dari dulu dah diperingatkan, tapi ade jugak insan2 yang kononnye “naive” & “innocence” sebarkan kat orang, tak dapat terima la perkara camni. ape guna akal & hati yang dikurniakan kepada kita, ingatlah bila kita dah initiate sesuatu cerita bohong, sebarkan kepada orang lain, orang lain tu pulak sebarkan kepada orang2 lain. dosa tu akan terkumpul & bertambah selagi berita tu tersebar. na’uzubillah..
Lagi satu perangai penyebar fitnah ni, berkenaan penyebaran sesuatu ayat yang dikatakan hadis, jangan cakap bende tu hadis rasulullah s.a.w kecuali diketahui sumbernye & telah disepakati oleh ulama’ hadis. diorang dah buat kajian yang mendalam & saintifik bagi mengesahkan sesuatu hadis tu benar @ palsu, berdasarkan kajian tu dikategorikan tahap2 hadis tu mutawattir,sahih, hassan, ahad, dhoif,maudhu’ etc. kalau kita sebarkan hadis palsu, dah la buat fitnah, lagi buruk dari tu, buat fitnah terhadap rasulullah!! zaman rasulullah dulu orang munafik, yahudi & kafir quraisy je yang sebarkan berita palsu mengenai rasulullah. jadi zaman sekarang jauhi dari tergolong dari orang2 camtu.
Memang kadang kala kita cuai, niat nak dapat pahala menyebarkan sesuatu nasihat yang kita anggap baik kepada orang lain, tapi sebaliknye kerana kecuaian kita (yang malas berfikir) dosa yang dapat, kadang2 sesuatu berita tu sekali pandang nampak macam benar & baik, tapi bile 2 3 kali pandang baru ternampak tanduk yang tersembunyi. kesimpulannye sebelum buat sesuatu kene fikir & kaji dulu akibatnye, jangan jadi orang yang mengikut je tanpa usul periksa, beza binatang dengan manusia ni ialah akal fikiran, jadi same2 la kite gunakan ye..wallahua’am
sekarang zaman fitnah, sama2 kita jauhkan diri dari segala fitnah tersebut..jauhkan diri dari menjadi fitnah kepada Islam.