Sidik.Org Aktiviti Perjalanan memperolehi CIMA

Perjalanan memperolehi CIMA

Alhamdulillah, semalam saya telah mendapat keputusan lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accounting (CIMA).

Semuanya bermula pada 2015 di mana saya melihat sebuah iklan mengenai program Peneraju Professional Pensijilan Perakaunan Yayasan Peneraju yang dikongsi oleh salah seorang rakan di Facebook. Saya melayari laman web berkenaan dan mendapati had umur bagi program tersebut adalah 40 tahun.

Setelah berbincang dengan Isteri saya, beliau menggalakkan untuk saya cuba untuk memohon pembiayaan tersebut. Maklumlah, belajar memerlukan ongkos yang tersendiri dan untuk mengeluarkan dana sendiri memerlukan motivasi yang kuat. Peluang yang ada untuk pembiayaan, bagi saya merupakan perkara yang perlu diambil.

Kemudian saya pun mula melayari laman web ACCA, CIMA dan CPA Australia, dan melihat keperluan , kelebihan dan kekurangan setiap program dan akhirnya saya memilih untuk memohon mengikuti program CIMA. Antara sebab utama saya sebab program CIMA kurang ahlinya di Malaysia dan fokusnya adalah Akaun Pengurusan.

Saya mendapatkan restu mak untuk menyambung pelajaran, dan beliau menyokong sepenuhnya untuk saya meneruskannya. Saya menghantar borang permohonan dalam talian dan pada Oktober 2015, wakil dari Noesis Exed (terletak di sunway velocity) menghubungi saya meminta saya untuk menghantar dokumen sokongan.

Seterusnya pada 31 Oktober 2015, saya hadir di Noesis untuk ujian kelayakan (Penulisan Bahasa Inggeris Profesional- 2 jam dan Asas Perakaunan – 2 jam)

Dua minggu kemudian, saya mendapat makluman bahawa saya terpilih untuk mengikuti program PPPP tersebut dan saya perlu hadir mengikuti program persediaan pada hujung minggu bermula pertengahan November 2015 sehingga hujung Disember 2015. Peserta dalam program tersebut adalah calon penerima pembiayaan untuk CIMA dan CPA Australia. Di dalam program tersebut, kami perlu menghadiri 4 kelas penulisan Bahasa Inggeris, dan kelas-kelas pengkayaan yang lain. Tujuannya adalah untuk menyediakan dan menguji komitmen bakal penerima pembiayaan  untuk mengikuti kelas sebenar nanti.

Hujung tahun adalah cuti sekolah, dan kami sekeluarga berbincang bersama, Akhirnya cuti sekolah anak dipenuhi dengan ketiadaan saya di rumah. Alhamdulillah, Isteri dan anak-anak menyokong pemergian saya dengan Redha.

Saya juga meminta kebenaran daripada pengurus saya di pejabat untuk mengikuti program ini, dan beliau tiada halangan dan menyokong saya   (Surat Kebenaran daripada pengurus juga dikehendaki oleh Pihak Yayasan Peneraju)

Setelah program persediaan berakhir, kami ditawarkan untuk menandatangani surat perjanjian pembiayaan yang mana antara syarat utamanya ialah kami wajib menghadiri semua kelas hujung minggu yang dijadualkan oleh Noesis Exed.

Sebenarnya pada ketika itu, hati saya berbelah bagi sama ada untuk meneruskan atau berhenti sekerat jalan. Dengan sokongan Ibu, Isteri, adik-beradik dan anak-anak, saya bertekad untuk meneruskan walaupun nanti mungkin akan dikorbankan program kenduri, bercuti dan lain-lain.

Program CIMA secara keseluruhannya terdapat 4 aras, iaitu Pensijilan (4 ujian), Aras Operasi (4 ujian) , Aras pengurusan  (4 ujian) dan Aras Strategi (4 ujian).  (Maaflah CIMA sekiranya alih bahasa saya tidak menepati maksud asal).

Sebagai pemegang Bacelor Perakaunan UPM 2004, saya hanya diberi pengecualian peringkat Pensijilan, bermakna saya perlu mengambil 12 ujian kesemuanya dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun.

Kemudian, saya mendapat tahu bahawa MIA (Malaysian Institute of Accounting) dan CIMA mengadakan usaha sama yang menawarkan ahli MIA pengecualian beberapa ujian untuk mengikuti CIMA. Namun, pada masa tersebut, saya belum lagi menjadi ahli MIA. Oleh itu proses seterusnya tentulah  memohon untuk menjadi Ahli MIA. Permohonan saya diterima dan saya mendapat Keahlian MIA pada Januari 2016.

Setelah keahlian MIA diperolehi saya memohon daripada CIMA Asia Tenggara untuk mengikuti MIA-CIMA Strategic Leadership Programme, pada masa tersebut saya sudah mula mengikuti kelas F3  (Financial Strategy) di Noesis.

Pada Mac 2016, saya mendapat keputusan bahawa permohonan tersebut berjaya dan oleh kerana saya mempunyai lebih 10 tahun pengalaman kerja dan merupakan Ahli MIA, saya mendapat pengecualian 11 ujian dan perlu mengambil 1 ujian akhir sahaja.

Saya terus menghadiri kelas P3 (Risk Management) pada bulan Mei – Jun 2016 dan E3 (Strategic Management) pada Julai – September 2016 untuk memenuhi syarat Yayasan Peneraju dan untuk meningkatkan pengetahuan saya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Strategic Case Study yang menggabungkan ketiga-tiga subjek aras strategi.

Pada bulan Oktober dan November 2016, saya mengikuti kelas persediaan Strategic Case Study dan pada 26 November 2016 saya menduduki ujian berkenaan bertempat di pusat Pearson Vue dan pada 12 Januari 2017, saya mendapat keputusan bahawa saya lulus ujian tersebut. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah.

Jadi akhirnya urusan saya untuk memperolehi CIMA qualification melepasi tahap akhir. Perkara seterusnya yang perlu diseselaikan adalah untuk menghantar permohonan keahlian bersama bukti pengalaman profesional.

Dengan Alhamduillah, segala pujian dipanjatkan kepada Allah yang memudahkan segala urusan. Terima kasih kepada Mak yang memberi sokongan sepenuhnya walaupun anak bongsunya kurang balik kampung kerana menghadiri kelas setiap hujung minggu. Abah & Mak mertua di pekan yang angahnya juga kurang balik kampung kerana suaminya pergi ke kelas. Kepada Isteri dan anak-anak yang sanggup berkorban hujung minggu, ketiadaan suami dan abah di sisi, pengorbanan kalian amatlah bermakna. Kepada keluarga yang jemputan program keluarga ada yang terpaksa saya tidak hadir, terima kasih atas keredhaan kalian.

Seterusnya ribuan terima kasih kepada pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera atas pembiayaan, pihak MIA, CIMA, rakan-rakan CPA/CIMA pengambilan Januari 2016, pensyarah dan staf Noesis exed, rakan-rakan sekelas F3, P3 , E3 dan SCS Revision, pengurus dan rakan-rakan lain.

http://www.cimaglobal.com

http://www.mia.org.my

http://www.yayasanpeneraju.com.my

http://www.noesis.com.my

 

 

8 thoughts on “Perjalanan memperolehi CIMA”

  1. Encik..saya nk tanya..mcm mna tahap kesusahan paper CIMA strategic level case study tu?
    Boleh tak saya hubungi encik melalui telefon kerana sekarang ini saya berasa ragu2 untuk mengikuti program A-Star oleh CIMA

  2. tumpang tanya saya 19 tahun, still studying in Accounting, is it possible saya teruskan CIMA selepas habiskan diploma, dan qualification CIMA ditekankan pada MAF (cost accounting) ke ?

    1. Diploma in Accounting.

      saya just curious to know that is it suitable for me to pursuit and what subjects should i focus on, thankyousomuch

  3. Assalamualaikum tuan, boleh saya hubungi tuan melalui whatsapp atau facebook berkenaan dengan pengajian CIMA untuk Strategy Case Study dan biasiswa. Tuan boleh hubungi saya di 0175286163.

    Terima kasih.

  4. Tahniah, tuan. Tuan tidak memohon untuk jadi ahli CIMA ke? Dapat FCMA selepas nama tuan itu adalah satu pengiktirafan dan satu kepuasan.

Leave a Reply to SidikCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post