Tadi balik keje, buat operasi memecah masuk bilik sendiri :o..pagi tadi mase tengah kalut nak pergi keje, tersilap ambik kunci moto, sepatutnya ambik kunci yang ade kunci bilik sekali, ditakdirkan aku mengambil kunci moto yang satu lagi, tanpa kunci bilik & kunci rumah..terkunci dari dalam la bilik tu. so kesudahannye, bilik aku sekarang dah takde kunci, habis cerita.. small matter tu
ok sambung cerita nabi musa a.s
kuliah pagi jumaat pagi tadi (semalam) setelah nabi musa a.s. terbunuh salah seorang kaum fir’aun ketika meleraikan pertengkaran antara 2 orang, baginda lari daripada dikejar oleh konco2 firaun,lalu pergi ke madyan. sampai di suatu tempat, terdapat satu perigi di mana orang2 di kawasan itu mengambil punca air, kelihatan 2 orang gadis yang sedang berbaris panjang menunggu giliran untuk mencedok & mengangkat air, lalu nabi musa a.s. menolong gadis tersebut. 2 orang gadis ni adik beradik sebenarnye, lalu bila diorang dah balik rumah, jumpe ayah (setengah riwayat mengatakan ayah mereka ialah nabi syuaib a.s), sorang daripadanya cerita tentang bagaimana musa menolong mereka mengambil & mengangkat air yang berat untuk diberikan kepada ternakan, gadis tersebut recommend ayah dia ambik nabi musa sbg pekerja. orang tua tersebut memangil nabi musa & menenangkan baginda, bahawa baginda selamat di situ. nabi musa kemudian dioffer untuk mengahwini anak orang tua tersebut dengan syarat kene bekerja selama 8 taun sebagai maskahwin (maknenye maskahwin ni tak semestinya duit). nabi musa menerima offer tersebut & kerje selama 10 taun.
dah sepuluh tahun, sebagai seorang manusia sudah tentulah perasaan rindu kepada tanah air tu ade,lalu baginda pun meminta kebenaran dari bapa mertuanya untuk membawa isteri & anak2 pulang ke mesir. perjalanan baginda adalah pada waktu malam ( adalah baik kita bermusafir pada waktu malam, kerana pada waktu malam, cuaca sejuk & keadaan aman berbanding pada waktu siang). sampai berhampiran bukit tur sina di mesir, baginda ternampak dari jauh, kelipan api.