Sidik.Org Pelbagai 2 3 Peristiwa hari ni

2 3 Peristiwa hari ni

1) Balik rumah tadi nak masuk rumah sendiri, sebab dikunci dari dalam, terpaksa panjat ikut tingkap. pengajaran: cabut je kunci kat dalam tu, huhuhu :p
2) Minyak Moto Habis tengah jalan, tawakkal je la sorong motor,alhamdulillah, ade mamat moto 2 orang tolong tolakkan. 2 3 KM gak kalau nak jalan balik rumah, pengajaran: dengan bertawakkal, Allah membuka jalan, syaratnya kita kene berusaha dulu
3) Tiba-tiba ade MySQL connection Error, cuak gak tadi, alhamdulillah da ok. pengajaran: kat dunia ni takde yang kekal, tiba masa rosak@mati jua..
4) kat ofis tadi (….hehehe, tak boleh cerita …something related to error in doing the work) pengajaran: watch the work of your subordinate more closely.
5) Kisah Nabi Musa[list][*]pagi tadi tazkirah, ustaz cerita kisah ketabahan Ibu nabi musa a.s., semasa diilhamkan untuk menghanyutkan anaknya ke sungai Nil, untuk mengelakkan dari dibunuh balaci2 firaun.
[*]sebelum menghanyutkan anaknya, ibu nabi musa diilhamkan untuk menyusukan anaknya sehingga kenyang.(by this way, baby tersebut kenal rasa air susu ibunya)[*]kemudian kisah asiah (isteri firaun) yang nampak baby tersebut (nabi musa) lalu timbul perasaan sayang, kemudian berjaya memujuk firaun supaya tidak membunuh budak kecil tu.[*]Kemudian, ibu nabi musa yang berperasaan “kosong” kerana kehilangan anaknya, lalu Allah campakkan ketenangan dalam hati wanita tersebut. ibu nabi musa kemudian meminta kakak nabi musa mencari adiknya dengan berhati2@cara yang tidak menimbulkan syak wasangka[*]Kakak nabi musa pergi menyiasat dengan strategi yang bijak[*]Dengan kehendak Allah, nabi musa tak mahu menyusu dengan orang lain. Pihak istana pun buat tawaran keje kosong sebagai ibu susu. So, kakaknye yang mencari adiknya pun, pergi kat istana & cakap nak perkenalkan dengan satu keluarga yang boleh jaga baby tersebut[*]orang istana pun suspect something la, tapi bijak dijawab oleh kakak nabi musa menjadikan syak wasangka diorang hilang[*]bila ibu nabi musa menyusukan anaknya (tapi orang istana tak tau tu mak dia) nabi musa pun nak la…akhirnya nabi musa dikembalikan oleh Allah kepada ibu baginda..dengan cara yang sunggu berhikmah[/list]

pengajarannya :
1) Tawakkal, Perancangan Allah lebih baik dari perancangan Manusia, tawakkal tak boleh tanpa usaha, sudah berusaha sedaya upaya , sambil tu kita bertawakkal.
2) Pengaruh wanita ni jangan dipandang ringan , firaun yang ganas@kejam camtu pon bole lembut dengan pujukan isterinya yang dikasihi:o
3) Perlu strategi untuk membuat ape2, jangan obvious sangat, jangan ikut emosi masa bertindak

untuk kisah yang sebenarnya, sila rujuk surah al-qasas , baca & fahami

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post